KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Malaysia menamatkan saingan Sukan SEA ke-29 hari ini dengan kutipan tiga emas dan satu perak.
Di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya, perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy dan Heidi Gan masing-masing menyumbang pingat emas dalam acara renang terbuka 10km kategori lelaki dan wanita.
Tidak lama kemudian, pasukan memanah negara pula memenangi emas dalam acara compound berpasukan campuran yang dianggotai oleh Mohd. Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh.
Dan petang tadi, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pasangan renang berirama negara yang dianggotai Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey, mengutip pingat perak dalam acara duet rutin teknikal.
Kutipan pingat setakat 10 malam, 18 Ogos 2017.
Jangan lupa, perasmian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 esok malam.
Ikuti kami di Facebook F8Buzz dan Instagram F8Buzz untuk liputan dan maklumat terkini Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017.
GIPHY App Key not set. Please check settings