23.6 C
New York
Sunday, January 24, 2021

Setiaku Pasti LIVE – Fara Hezel | VIDEO

Persembahan secara langsung dari Fara Hezel di konti KLfm, diiringi musik akustik. Nur Fara Azira Binti Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan “Fara Hezel” merupakan...

Muat Naik Terkini

Malaysia Mencapai Sasaran 111 Pingat Emas | FOTO

KUALA LUMPUR, 28 – Biarpun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bakal melabuhkan tirai dalam masa dua hari lagi, tuan rumah Malaysia sudah mencapai sasaran 111 pingat emas yang ditetapkan sebelum bermula temasya edisi ke-29 itu.

Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang merangkul angka keramat itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, malam ini.

Detik perkiraan angka 111 bermula hari ini selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben.

Kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan ke-111.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet ‘MIssion accomplished #111 done #KitaJuara menunjukkan bahawa Malaysia telah muncul juara keseluruhan.

 

Bagaimanapun, Khairy, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), berkata bahawa perjuangan belum berakhir kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada tahun 1959.

Pencapaian 111 emas setakat ini telah menyamai pencapaian sama ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi ke-21 pada tahun 2001.

Latest Posts

Menarik

Terkini Terus Pada Anda

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.