CANBERRA, Australia — Seorang senator Australia mengundang kemarahan dari penggubal undang-undang dengan memakai burqa di Parlimen semalam. Ia adalah sebahagian dari kempen untuk mengharamkan burqa oleh senator berkenaan.
Pauline Hanson, pemimpin anti-Muslim, anti-pendatang parti kecil One Nation, duduk selama lebih 10 minit memakai burqa sebelum membukanya dan menerangkan mengapa ia perlu diharamkan di Australla.
Tidak akan mengharamkan burqa
Peguam Negara George Brandis menerima tepukan gemuruh apabila beliau memberitahu bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan burqa. Beliau turut memarahi Hanson di atas kelakuannya yang menghina penduduk Muslim Australia.
Pemimpin pembangkang senat, Penny Wong memberitahu Hanson: “Memakai pakaian keagaaman kerana taat kepada agama adalah satu perkara; memakainya untuk gimik di Dewan Senat adalah satu perkara lain.”
GIPHY App Key not set. Please check settings