KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Walaupun masih terlalu awal, namun Malaysia sudah mula nampak garang hari ini dengan menggondol 3 pingat emas.

2 emas negara disumbangkan oleh pasukan memanah lelaki dan wanita melalui acara compound berpasukan. Ini sekali gus menebus kekecewaan semalam apabila pemanah negara hanya mampu mendapat 1 perak dan gangsa.

Pasukan memanah lelaki Zulfadhli Ruslan (kanan) Kin Lip Lee dan Mohd Juwaidi Mazuki berjaya memenangi pingat Emas. Foto. Harian Metro
Pasukan memanah wanita, (dari kiri), Saritha Cham Nong, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh. Foto. Harian Metro

Chinlone tepati sasaran

Walaupun tumpas kepada Thailand, namun skuad chinlone negara menepati sasaran pingat sekali gus menyumbang perak untuk kontijen negara.

Malaysia tumpas 300 berbalas 363 mata.

Gelanggang chinlone ditutup dengan Malaysia mengutip satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa, menjadikan ia pencapaian terbaik sejak acara itu mula dipertandingkan pada edisi 2013 Myanmar.

Gan Hua Wei dalam acara ‘Solo Technical Routine’ memenangi pingat emas. Foto. Harian Metro
Zylane Lee menghadiahkan pingat perak buat negara dalam rutin bebas solo acara renang berirama. Foto. Harian Metro

Sementara itu, atlet negara di Puasat Akuatik Nasional Bukit Jalil tidak menghampakan apabila Zylane Lee menghasilkan perak dalam rutin bebas solo acara renang berirama.

Malamnya pula Gan Hua Wei pula berjaya menghadiahkan penyokong Malaysia dengan pingat emas rutin teknikal solo dari acara yang sama.

Kutipan pingat setakat 10 malam, 17 Ogos 2017.

Kutipan pingat setakat 17 Ogos.

Ikuti kami di Facebook F8Buzz dan Instagram F8Buzz untuk liputan dan maklumat terkini Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017.

 

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini