Home Buzzzz Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

0
Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu.

Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat di Raja yang turut serta dalam Sukan SEA kali ini. Ramai juga putera dan puteri dari negara lain turut serta.

Putera Abdul Mateen Bolkiah dan kekandanya Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, keduanya putera & puteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah akan menyertai acara polo.

Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah bersama ayahandanya.
Putera Abdul Mateen

Sementara itu dalam acara ekuestrian, puteri Thailand, Puteri Sirivannavari Nariratana akan beradu dengan peserta dari Malaysia dan negara lain.

Puteri Sirivannavari Nariratana sentiasa bergaya diluar.

Seorang yang sentiasa bergaya, Puteri Sirivannavari Nariratana pasti akan menjadi perhatian di arena ekuestrian.

Faiq Bolqiah, anakanda adinda Sultan Brunei pula mewakili Brunei dalam acara bola sepak.

Faiq Bolkiah
Faiq bolkiah kini bermain untuk Leicester City dan mewakili Brunei dalam acara bola sepak.

Nampaknya Sukan SEA kali ini mampu menyatukan semua tanpa mengira bangsa, agama mahupun darjat.

Esok Putera Mateen akan bersaing dengan YB Khairy Jamaluddin kita di padang polo. Sekacak Putera Mateen, hati kami tetap bersama KJ 🙂

Go Malaysia!

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari