in ,

ILTIZAM PDP Terus Perkasa Kebolehpasaran Graduan Bumiputera, 807 Alumni Dilahirkan Sejak 2012

Program ILTIZAM Professional Development Programme (PDP) anjuran ILTIZAM by Ekuinas terus memainkan peranan dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan Bumiputera dengan menyediakan pengalaman kerja, latihan profesional dan bimbingan kerjaya kepada mereka yang sedang mencari peluang untuk memulakan atau membina semula laluan kerjaya.

Sejak diperkenalkan pada 2012, program berkenaan telah melahirkan seramai 807 alumni sehingga akhir 2025, dengan setiap alumni melalui perjalanan kerjaya tersendiri, termasuk berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan pengalaman underemployment.

BUZZ RINGKAS


SIAPA:
ILTIZAM by Ekuinas dan graduan Bumiputera yang memenuhi syarat.

APA:
ILTIZAM Professional Development Programme (PDP), program pembangunan profesional selama 12 bulan untuk membantu graduan membina pengalaman dan kemahiran kerjaya.

BILA:
Permohonan ILTIZAM PDP 2027 dibuka dari 1 September hingga 30 September 2026.

DI MANA:
Peserta ditempatkan sebagai Graduate Associates di Ekuinas, syarikat portfolio dan/atau syarikat rakan kongsi.

MANFAAT:
On-the-job training, latihan profesional, gaji bulanan RM2,800, caruman KWSP dan PERKESO, perlindungan insurans serta bimbingan kerjaya.

KELAYAKAN:
Graduan Bumiputera daripada kolej atau universiti tempatan, minimum CGPA 3.00, berumur 30 tahun dan ke bawah, tidak bekerja serta pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

PENCAPAIAN:
Seramai 807 alumni telah dilahirkan menerusi program ini sehingga akhir 2025.

Membina Kerjaya Melalui Pengalaman Sebenar

Bagi tahun 2026, permohonan ILTIZAM PDP 2027 dibuka dari 1 September hingga 30 September 2026.

ILTIZAM PDP merupakan program pembangunan profesional selama 12 bulan yang menempatkan graduan Bumiputera yang layak sebagai Graduate Associates di Ekuinas, syarikat portfolio dan/atau syarikat rakan kongsi.

Program itu menggabungkan pengalaman bekerja secara langsung menerusi on-the-job training dengan latihan berstruktur bagi membangunkan kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan personal branding.

Peserta turut didedahkan kepada nilai HARAP iaitu Humble, Agile, Resilient, Adab dan Professionalism.

Selain pengalaman kerja, peserta menerima gaji bulanan RM2,800 berserta caruman KWSP dan PERKESO, perlindungan insurans sepanjang program serta bimbingan kerjaya daripada mentor berpengalaman.

Melalui penempatan di syarikat daripada pelbagai industri, peserta berpeluang mendapatkan pengalaman sebenar dalam persekitaran korporat selain membina jaringan profesional yang dapat membantu mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam kerjaya.

Daripada Cabaran Kerjaya Kepada Peluang Baharu

Bagi Aini Nadia, alumni PDP 2024, penyertaan dalam program itu menjadi titik perubahan dalam perjalanan kerjayanya.

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Perniagaan dari International Islamic College (IIC), Gombak, Aini berdepan cabaran mendapatkan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan akademiknya.

Beliau pernah bekerja sebagai kerani pentadbiran sebelum menjadi juruwang di MR.DIY.

Menerusi PDP dan penempatan di bahagian Stakeholders’ Interest, Ekuinas, Aini mendapat pendedahan kepada dunia korporat selain meningkatkan keyakinan dan kemahiran profesional.

Kini, beliau berkhidmat sebagai Growth & Operations Executive di Sehat Jobs dengan penglibatan dalam pengurusan operasi, penggunaan teknologi dan pelaksanaan inisiatif pertumbuhan syarikat.

Mengubah Pengalaman Menjadi Kemahiran

Bagi Muhammad Irfan bin Mohammad Fuad, alumni PDP 2025, penyertaan dalam program itu hadir selepas lebih tiga tahun melalui pengalaman underemployment dan melakukan pelbagai pekerjaan yang tidak selari dengan latar belakang akademiknya.

Menerusi PDP, Irfan membina kemahiran dalam komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan etika profesional, selain mengamalkan nilai HARAP.

Penempatan on-the-job training di Al-Ikhsan pula memberinya pengalaman dalam jualan, pengurusan pihak berkepentingan, analisis data, acara dan jualan digital.

Selepas melalui pelbagai pengalaman kerjaya, Irfan kini meneruskan kerjayanya sebagai International Customer Service di Hapag-Lloyd.

Daripada Graduan Polimer Kepada Profesional Pelaburan

Siti Ain Basirah binti Mohd Din, alumni PDP 2022, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Polimer dari UiTM Shah Alam pada 2019.

Menerusi PDP, beliau ditempatkan di KAF Investment Funds Berhad, sekali gus membuka peluang untuk mendapatkan pengalaman dalam persekitaran korporat dan meneroka bidang kerjaya yang berbeza daripada latar belakang akademiknya.

Selepas tamat program, Ain Basirah terus membina kerjayanya di KAF dan kini berkhidmat sebagai Executive dalam Jabatan Business Development & Marketing.

Perjalanan Ain Basirah menunjukkan bagaimana PDP membuka ruang kepada graduan untuk meneroka bidang baharu, membina kemahiran profesional dan berkembang dalam kerjaya yang lebih luas daripada latar belakang akademik mereka.

807 Alumni, Ribuan Potensi

Kisah Aini, Irfan dan Ain Basirah mencerminkan bagaimana PDP mampu menjadi pemangkin perubahan dalam perjalanan kerjaya graduan.

Dengan 807 alumni sehingga akhir 2025, program ini terus membina rangkaian bakat yang mempunyai pengalaman, kemahiran dan keyakinan untuk menyumbang dalam pelbagai industri.

Bagi sesetengah graduan, PDP menjadi peluang pertama untuk memasuki dunia korporat. Bagi yang lain, ia menjadi platform untuk membina semula keyakinan selepas melalui tempoh underemployment atau kesukaran mendapatkan pekerjaan.

Namun, matlamatnya tetap sama iaitu membantu graduan membangunkan kemahiran yang diperlukan, mendapatkan pengalaman kerja sebenar dan membuka laluan kepada kerjaya yang lebih mampan.

Permohonan ILTIZAM PDP 2027 Kini Dibuka

Graduan Bumiputera yang memenuhi syarat dan berminat untuk membina kerjaya melalui pengalaman kerja serta latihan profesional digalakkan memanfaatkan peluang ini.

Tarikh permohonan: 1 September – 30 September 2026
Tempoh program: 12 bulan

Antara manfaat program:

  • On-the-job training selama 12 bulan di Ekuinas, syarikat portfolio dan/atau syarikat rakan kongsi
  • Gaji bulanan RM2,800
  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Perlindungan insurans sepanjang program
  • Bimbingan kerjaya daripada mentor berpengalaman
  • Latihan kemahiran teknikal dan insaniah
  • Pendedahan kepada persekitaran kerja korporat

Kelayakan asas:

  • Graduan Bumiputera daripada kolej atau universiti tempatan
  • Minimum CGPA 3.00
  • Berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Tidak bekerja
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000
  • Bermotivasi dan bersedia untuk berkembang

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi ILTIZAM PDP – Permohonan Rasmi. Permohonan dibuka sehingga 30 September 2026.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

20 Meow-Del Bersaing Rebut Tempat Ke Pentas Akhir Purina Felix Cat Fashion Week

KAWS Cipta Watak Baharu Untuk KAWS UNIVERSE, Koleksi UT Dilancar 14 September