in , ,

SukaSuka OMGOMG SedihSedih MehMeh

8 Tokoh Kemerdekaan Yang Anda Perlu Tahu

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi Tanah Melayu yang mendapat pengisytiharan sebagai sebuah negara merdeka dan bebas daripada penjajah. Semestinya tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan itu meninggalkan sejarah sehingga terkesan di hati masyarakat. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah:

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, berusaha sehabis baik untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tanah melayu sehingga berulang-alik dari Malaysia ke London untuk sesi perbincangan malah menyatupadukan kaum Melayu, Cina dan India.

Tun Dr Ismail Dato Haji Abdul Rahman

Beliau ialah orang kanan Tunku Abdul Rahman dalam proses pembentukan dan selepas kemerdekaan Malaysia. Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kedua, beliau banyak menyumbang dalam bidang perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri.

Tun Sir Henry H S Lee

Jalan H S Lee merupakan bentuk penghargaan bagi seorang pejuang kemerdekaan yang lantang bersuara dan berani menentang pihak komunis dalam membantu Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan dari British. Dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia, beliau juga merupakan antara orang penting yang menubuhkan MCA dan perancang utama perikatan UMNO-MCA.

Tun V T Sambanthan

Antara jalan yang popular di Kuala Lumpur ialah Jalan Tun Sambathan yang diberikan penghargaan sempena menjadi pejuang kemerdekaan berbangsa India dengan menentang dan menunjuk perasaan terhadap tentera British. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Kongres India Malaya dan menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

Tun Tan Cheng Lock

Menjadi presiden MCA yang pertama, beliau juga merupakan orang penting dalam menyatupadukan kaum melalui UMNO dan MCA serta menyumbang dalam kestabilan politik di Malaysia.

Tok Janggut

Merupakan kebanggaan warga Kelantan, beliau menentang British setelah dikenakan cukai yang menindas rakyat. Meskipun salah seorang pejuang yang menuntut kemerdekaan, beliau juga merupakan seorang guru agama yang disegani kerana ketinggian ilmu agamanya.

Tok Gajah

Beliau ialah pahlawan Pahang yang mengetuai pasukan tentera negeri Pahang melawan pihak Inggeris. Beliau juga telah dilantik sebagai penasihat utama sultan malah keberaniannya dalam medan perang sangat digeruni oleh pihak Inggeris.

Mat Kilau

Merupakan anak kepada pahlawan Pahang, Tok Gajah, beliau pernah mengetuai masyarakat setempat dalam melawan Inggeris dan tidak senang untuk menunduk dengan arahan orang Inggeris. Beliau berjuang bersama-sama bapanya bagi menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan.

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Battle Of The Band Cari Bakat Muda Selepas 20 Tahun

Batalkan Pernikahan Dan Resepsi, Mimi Lana Mohon Diberi Kekuatan