in ,

SukaSuka MarahMarah

Penampilan ‘Hot’ Artis Malaysia Di Majlis Fesyen HMxMugler

Baru-baru ini telah berlangsung majlis fesyen yang membabitkan jenama pakaian terkenal H&M kolaborasi bersama Mugler.

Ramai selebriti terkenal tanah air serta pempengaruh media sosial telah diundang ke majlis pelancaran berkenaan yang bertempat di ibu kota.

Masing-masing dilihat hadir menggayakan koleksi terbaru HMXMugler yang begitu ranggi dan seksi. Antara selebriti yang dilihat telah menghadiri acara berkenaan ialah Amelia Henderson, Mimi Lana, Eyka Farhana, Azira Shafinaz, Daiyan Trisha, Meerqeen dan ramai lagi.

Disebalik penampilan mereka yang kelihatan seperti bintang antarabangsa, ramai juga netizen yang kurang selesa melihat pakaian mereka yang dikatakan mencolok mata kerana terlalu seksi.

Namun ada juga yang memuji penampilan bintang kesayangan mereka yang disifatkan mereka sebagai ‘hot’ dan stailo.

DIfahamkan kesemua koleksi pakaian berkenaan telah pun habis dijual dalam masa sehari di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada 11 Mei 2023.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Norish Karman Dikecam Netizen Gara-Gara Minta Haneesya Hanee Kurangkan Berat Badan

Big Stage 2023 – Juri Guna ‘Imuniti X’ Untuk Selamatkan Naufal Azrin, Singkirkan Isaac Voo