Skuad hoki lelaki negara ternyata tiada tandingan di Asia Tenggara apabila membelasah Myanmar 14-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi sejak 1975, hari ini.
Pingat gangsa milik Singapura selepas menang 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada sebelah petang.
Sementara itu di Stadium Shah Alam, anak didik Ong Kim Swee gagal mendapat pingat emas apabila tumpas dengan gol sendiri kepada Thailand.
Bermain dalam hujan, pasukan Thailand nampak lebih tersusun menghadap serangan demi serangan dari Malaysia.
Penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli ketika menghadapi sepakan penjuru Thailand telah tersilap langkah dan menumbuk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke 39.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
GIPHY App Key not set. Please check settings