SEREMBAN, 27 Okt – 2 maut sementara 3 lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan 3 buah kereta dan sebuah treler.

Dalam kejadian jam 5.30 petang berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan yang menghala ke utara hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Treler itu bertembung dengan kenderaan dinaiki suami isteri terbabit. Dua lagi kereta turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan suami isteri di Kilometer 270.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Zaldino, berkata pihaknya masih mengesan pemandu treler terbabit dan sehingga jam 9.30 malam tadi, belum menerima laporan daripadanya berhubung kemalangan berkenaan.

“Siasatan mendapati pemandu treler terbabit tiada di lokasi kejadian kerana dipercayai melarikan diri,” katanya di sini, malam ini.

Sumber video. Nik Mohd Fakrul Hisyam

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari