in ,

90 Tahun Bersama Malaysia! Coca-Cola Rai Dua Pencapaian Besar

Coca-Cola meraikan dua detik bersejarah serentak tahun ini apabila genap 90 tahun jenama itu bertapak di Malaysia, selain menandakan 15 tahun operasi hab pembuatan dan pengedarannya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Sepanjang sembilan dekad berada di negara ini, Coca-Cola bukan sahaja berkembang bersama rakyat Malaysia, malah terus memperkukuhkan pelaburan dalam sektor pembuatan, pembangunan bakat tempatan dan kelestarian, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Coca-Cola Bottlers Malaysia.

APA
Meraikan ulang tahun ke-90 Coca-Cola di Malaysia dan 15 tahun operasi Bandar Enstek.

BILA
20 Julai 2026.

DI MANA
Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

KENAPA
Mengiktiraf pelaburan, pembangunan bakat dan komitmen jangka panjang terhadap pertumbuhan Malaysia.

Lebih RM1.3 Bilion Dilaburkan Di Malaysia

Sejak hab pembuatan dan pengedaran Bandar Enstek mula beroperasi pada 2010, Coca-Cola Bottlers Malaysia telah melaburkan lebih RM1.3 bilion di negara ini.

Pelaburan tersebut berjaya mewujudkan lebih 1,400 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, selain menyokong rangkaian pembekal tempatan, rakan perniagaan dan komuniti industri.

Hari ini, kemudahan di Bandar Enstek menjadi pusat utama pengeluaran dan pengedaran pelbagai produk minuman Coca-Cola untuk pasaran seluruh negara.

Hab Bertaraf Antarabangsa

Bandar Enstek kini diiktiraf sebagai antara hab pembuatan dan pengedaran Coca-Cola paling moden di rantau ini.

Kemudahan tersebut dilengkapi pelbagai teknologi canggih termasuk Automated Storage and Retrieval System (ASRS), selain memanfaatkan automasi, pendigitalan dan inovasi rantaian bekalan bagi meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti produk.

Malah, Coca-Cola turut memperluaskan transformasi digitalnya melalui penggunaan teknologi automasi, analitik data dan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI), termasuk menerusi platform eB2B Coke Buddy yang membantu memperkukuhkan operasi perniagaan syarikat.

Komited Terhadap Kelestarian

Selain memberi tumpuan kepada inovasi, hab Bandar Enstek turut mengamalkan pelbagai inisiatif mesra alam seperti pemasangan panel solar di bumbung bangunan serta sistem penuaian air hujan.

Kemudahan yang mendapat pensijilan Halal itu juga beroperasi mengikut piawaian antarabangsa dalam aspek kualiti, keselamatan makanan dan pengurusan alam sekitar, selain turut menyokong operasi Coca-Cola di Singapura dan Brunei.

Di samping itu, Coca-Cola terus bekerjasama dengan agensi kerajaan, rakan industri dan organisasi tempatan dalam memperkukuhkan ekonomi kitaran, pengurusan sumber air, tenaga boleh diperbaharui serta usaha pemeliharaan sumber semula jadi.

Terus Melabur Untuk Masa Depan

Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola Bottling Investments Group (BIG) Asia Tenggara, Tolga Cebe berkata sambutan ulang tahun ke-90 Coca-Cola di Malaysia dan ulang tahun ke-15 Bandar Enstek bukan sekadar meraikan pencapaian syarikat, malah mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh pengguna, pelanggan, pekerja dan rakan perniagaan sepanjang perjalanan mereka.

Beliau berkata syarikat itu akan terus melabur dalam pembangunan bakat, memperkukuhkan keupayaan operasi serta membina kerjasama strategik yang mampu mencipta nilai jangka panjang kepada pengguna dan komuniti di Malaysia.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Menang 10 Anugerah, Kokuho Kini Di Malaysia!

MAGGI® & KPM Berganding Bahu Bentuk Generasi Muda Kuasai Kemahiran Hidup