in , , ,

Idea Boleh Jadi Duit! Wanita Malaysia Kini Berpeluang Dapat Dana RM5,000

MAGGI® terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa wanita Malaysia menerusi kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui Program MAGGI® Wanita Cukup Berani 4.0.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu lebih ramai wanita khususnya daripada komuniti B40 membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran dan memulakan langkah dalam dunia keusahawanan.

Menerusi program ini, wanita di seluruh negara kini berpeluang menghantar idea perniagaan masing-masing sehingga 31 Mei 2026 bagi merebut peluang menerima dana permulaan RM5,000 serta bimbingan mentor selama lapan minggu.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
MAGGI®, KEMAS, Google & TikTok.

APA
Program MAGGI® Wanita Cukup Berani 4.0.

BILA
Permohonan dibuka hingga 31 Mei 2026.

DI MANA
Seluruh Malaysia.

MENGAPA
Memperkasa wanita melalui keusahawanan.

BAGAIMANA
Dengan latihan, mentor dan dana permulaan.

Fokus Kepada Wanita Di Peringkat Akar Umbi

Program yang dilancarkan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Bandar Baru Klang itu menjadi sebahagian daripada usaha membawa pembangunan keusahawanan terus ke peringkat komuniti.

Dengan sokongan rangkaian KEMAS, program ini memberi tumpuan kepada wanita luar bandar dan komuniti yang kurang mendapat akses kepada peluang pembangunan ekonomi.

MAGGI® turut melihat kemahiran memasak sebagai titik permulaan untuk memperkenalkan wanita kepada asas perniagaan moden termasuk pemasaran digital dan pengurusan kewangan.

Aspiring women entrepreneurs from the KEMAS community network come together to explore Program MAGGI® Wanita Cukup Berani 4.0 and seize the opportunity to transform their business ideas into reality before the 31 May 2026 deadline.

Mahu Wanita Berani Ambil Langkah Pertama

Menurut pihak MAGGI®, program ini bukan sekadar latihan biasa tetapi ruang untuk wanita membina masa depan lebih baik melalui keberanian mencuba sesuatu yang baharu.

“Program MAGGI® Wanita Cukup Berani melambangkan keberanian untuk mengambil langkah ke hadapan yang pertama demi membina kehidupan yang lebih baik,” kata Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura.

“Seiring pertumbuhan ekonomi digital yang meningkat, wanita yang bermula sekarang berpeluang membina pendapatan yang mampan, meningkatkan keyakinan diri serta mencipta masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga mereka,” katanya.

Menurut beliau, wanita kini memainkan peranan penting dalam ekonomi negara dan pemerkasaan wanita akan memberi kesan kepada seluruh institusi keluarga.

“Apabila kita memperkasa kaum wanita, kita juga memperkasa seluruh isi rumah dan generasi masa depan,” katanya.

Chef Sharifah Hamidah, MAGGI® Resident Chef with women from the KEMAS community during the engagement session held at Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Bandar Baru Klang.

Peluang Dana & Mentor Bisnes

Sebagai sebahagian daripada program, lima peserta terpilih akan menerima dana permulaan RM5,000 setiap seorang.

Peserta juga akan mengikuti program bimbingan berstruktur selama lapan minggu untuk membantu mereka memperkemas idea perniagaan serta membina model perniagaan lebih mampan.

Selain latihan dalam talian, peserta turut dibimbing oleh mentor dan komuniti sokongan bagi membantu mereka melangkah lebih yakin dalam bidang keusahawanan.

Chef Sharifah and Nestlé Nutritionist Leong Ven Luan lead a MAGGI® cooking demonstration, transforming simple everyday ingredients into flavorful creations while inspiring ideas for home-based business opportunities.

KEMAS Mahu Lebih Ramai Wanita Jana Pendapatan

KEMAS melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk membantu wanita membina sumber pendapatan sendiri melalui pendekatan yang lebih praktikal dan mudah diakses.

“Di KEMAS, kami komited untuk mencipta laluan lebih mampan yang membolehkan wanita berkembang maju,” kata Datuk Mohd Hanafiah Man, Ketua Pengarah KEMAS.

“Mengemukakan idea perniagaan menerusi Program MAGGI® WCB bukan sekadar permohonan semata-mata, tetapi merupakan satu langkah berani untuk membina masa depan sendiri,” katanya.

Beliau turut berharap lebih ramai wanita terutama daripada komuniti B40 berani merebut peluang tersebut sebelum tarikh tutup penyertaan.

Wan Alleena Abdullah, Mentor for Program MAGGI® Wanita Cukup Berani (WCB) delivers a “Confidence” session to equip participants with essential skills in self-presentation, communication and confidence-building.

Pelbagai Aktiviti Bangunkan Potensi Wanita

Program di PKM Bandar Baru Klang itu turut menghimpunkan pelbagai aktiviti pembangunan diri dan keusahawanan.

Antaranya termasuk seminar perniagaan bersama mentor seperti Anne Idris, demonstrasi memasak MAGGI®, sesi keyakinan diri bersama Wan Alleena Abdullah serta perkongsian inspirasi daripada usahawan berjaya.

Gabungan aktiviti tersebut bertujuan membantu peserta membina keyakinan diri selain memahami potensi menjadikan kemahiran harian sebagai sumber pendapatan.

MAGGI®’s collaboration with KEMAS reflects a shared commitment to uplifting communities through Program MAGGI® Wanita Cukup Berani (WCB), empowering women to explore their potential, build confidence and take the first step towards entrepreneurship.

Perkasa Wanita Melalui Ilmu & Keyakinan

Secara keseluruhannya, Program MAGGI® Wanita Cukup Berani 4.0 membuktikan bahawa pemerkasaan wanita bukan hanya tentang bantuan kewangan, tetapi turut melibatkan ilmu, keyakinan dan sokongan komuniti.

Dengan peluang latihan, mentor dan dana yang disediakan, program ini diharap mampu melahirkan lebih ramai wanita berani melangkah ke hadapan demi membina kehidupan lebih baik untuk diri dan keluarga.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Nak Anak Jadi Juara Badminton Sampai Hubungan Keluarga Jadi Taruhan?