Gegar Vaganza 4 – Malam Pembukaan | Eksklusif F8Buzz

Aishah menyengat, Raja Azura buktikan beliau boleh menyanyi & Datuk Chef Wan mengorat Dato Seri Vida

0
390

Gegar Vaganza kembali lagi! Pentas persaingan sudah bermula.

Pada malam pembukaan, setiap artis menyanyikan lagu hits mereka. Nabil & Jihan Muse yang mengandung tidak mengecewakan. Datuk Seri Vida membuka pentas dengan persembahan single pertamanya, I Am Me bersama Mimi.

Persembahan peserta kesemuanya mantap dengan lagu hits mereka. Walaubagaimanapun persembahan Aqasha & Haida sedikit kurang menyengat.

Paling mengejutkan terutama pada mereka yang agak muda adalah persembahan Raja Azura yang amat baik memandangkan beliau telah lama tidak menyanyi.

Keputusan minggu pertama 

1. Aishah – Janji Manismu (96%)

“Penonton dengar pun terpukau. Suara tu macam zaman anak dara, tak berubah. Tak dengar mengah langsung, macam mana tu?” – Datuk Chef Wan

2. Firman Siagian – Kehilangan (91%)

“Kamu tidak hanya menyanyi tetapi berbicara, itu yang mahal. Bagus sekali. Firman, bravo! Bravo! Bravo!” – Hetty Koes Endang.

3. Hazami – Mungkir Bahagia (90%)

“Vokal tak boleh cakap, memang bagus. Jiwa orang lama menyanyi, pengalaman,” – Datuk Ramli MS

4. Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga (87%)

“Tak payah cakap vokal, masih ada kat situ lagi. Masih lagi di kelas kamu. Well done!” – Datuk Ramli MS

5. Lan Kristal – Seragam Hitam (86%)

“Berapa lama dalam industri? Saya tengok awak masih kaset lagi tau. Rock langgar bas, cun! cun!” – Datuk Ramli MS

6. Tia Jimbara – Farhana (85%)

“Konsisten… Suara bagus, lagu bagus, kalau muzik, bunyi dan lighting tidak bagus tidak akan menjadi. Semuanya hebat. Muzik dan gubahan lagu hebat! Tia, pertahankan nada tinggi kamu, tembaknya tadi pass!” – Hetty Koes Endang

7. Elyana – Tak Tercapai Akalmu (85%)

“Kamu ini mempunyai karakter yang luar biasa. Lagu ini ada nada yang unik, kalau nafas kamu tidak panjang habislah kerana lagu ini rapat sekali notenya, kamu sudah bagus!,” Hetty Koes Endang

8. Syura – Nazam Berkasih (82%)

“Bagus, saya suka rentak lagu tu. Persembahan awak wonderfull. Tetapi kalau lagu begini saya lebih suka jika awak berinteraksi dengan penonton.

“Pergi sana sini, main mata daripada awak berdiri di tengah pentas umpama pokok kelapa ditiup angin. Selain daripada itu suara awak memang merdu,” – Datuk Chef Wan

9. Ferhad – Kasih Berubah (75%)

“Kamu masih lagi maintain selepas bertahun-tahun terutamanya your powerfull voice. Dari segi penghayatan, I love it! Saya sukakan persembahan awak,” – Datuk Chef Wan

10. Aqasha – Embun (75%)

“Lagunya ibu suka, arrangement dan cara kamu nyanyikan juga ibu suka. Ekspresi perlu ada, jangan diam. Suara kamu bagus, ini pentas kamu. Semoga sukses,” – Hetty Koes Endang

11. Haida – Zapin Usik Mengusik (72%)

“Dah berapa lama tak menyanyi? You still sounds good. Well done, thank you very much,” -Datuk Ramli MS

12. Raja Azura – Hati Terkunci (68%)

“Raja Azura memang berbakat, awak punya effort malam ni memang bagus. Ada feeling, boleh nyanyi,” – Datuk Chef Wan

Tiada penyingkiran untuk malam pertama.

Mereka yang berentap di GV 4 kali ini adalah Ferhad, Lan Kristal, Hazami, Firman Siagian, Tia Jinbara, Aqasha, Elyana, Liza Hanim, Haida, Aishah, Raja Azura & Syura.

Gegar Vaganza ke udara setiap Ahad, 9 malam di saluran Astro.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari