Home Berita Pelajar Maut Digilis Lori

Pelajar Maut Digilis Lori

0
Pelajar Maut Digilis Lori

KEMAMAN-Pelajar tingkatan empat SMK Binjai maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Chukai – Air Putih.

Pada Jam 5.40 petang , Muhammad Baihaqi Adam Mahadi, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian perut.

Wan Muhammad Firdaus Wan Mohd. Taib, 16, merupakan rakannya yang membonceng motosikal tersebut terselamat.

Kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Taman Teja Murni, Binjai dari bandar Chukai di sini.

Kedua-dua mangsa dikatakan cuba memotong sebuah lori di hadapan yang membrek kerana ingin memasuki persimpangan di sebelah kanan jalan.

Motosikal tersebut kemudiannya dikatakan bergesel di bahagian kanan lori terbabit sebelum Muhammad Baihaqi tercampak masuk ke bahagian dalam lori berhampiran tayar paling belakang.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari