Pempengaruh sensasi Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahidin, 27, mengakui sangat terharu apabila usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sanggup menaja sepenuhnya kos bersalin anak ketiganya di sebuah hospital swasta, dengan jumlah mencecah RM10,000.

Lebih menyentuh hati, DSV bukan sahaja menanggung kos penuh itu, tetapi turut mengambil Siti sebagai anak angkat, berjanji menjaga kebajikannya dan bayi yang bakal lahir.
- Datuk Seri Vida taja penuh kos bersalin Siti Jamumall RM10,000 & ambil dia jadi anak angkat.
- Siti terharu DSV hadir sebagai pelindung selepas diuji perceraian & dimalukan.
- Anggap ini pelangi selepas hujan, DSV nak pastikan kebajikan Siti & bayi terjaga.
“Tak Sangka Saya Yang Dipilih…”
Menurut Siti, dia langsung tidak menyangka dalam ramai-ramai, dia yang dipilih untuk ditaja sepenuhnya.
“Saya rasa Datuk Seri Vida pilih Ipoh sebab dekat rumahnya, senang nak pantau saya ketika berpantang,” katanya.
Menerusi video TikTok yang dikongsi baru-baru ini, kelihatan Siti bersama ibunya dan DSV meninjau hospital yang bakal menjadi tempat dia melahirkan anaknya pada awal September nanti.
Dalam video itu, Siti kelihatan sebak hingga mengesat air mata sebelum menyandarkan wajah pada bahu DSV.
DSV Hadir Sebagai Pelindung
Menurut Siti, mungkin DSV dapat merasai kepayahan hidup yang dilaluinya — ditambah kisah rumah tangga yang cukup menguji sebelum ini.

“Allah hadirkan saya Mama kandung & Mama Vida. Waktu ujian datang bertubi-tubi, Mama Vida hadir bagaikan pelindung.”
“Pengorbanan mama bayarkan bil hospital ini, Siti takkan lupa sampai akhir nyawa.”
“Pelangi Selepas Hujan” Selepas Pahit Kehidupan
Siti tidak mahu terus mengeluh dengan ujian hidup, malah menganggap episod ini sebagai pelangi selepas hujan.
“Besar ujian saya bila diceraikan & dimalukan kawan sendiri. Tapi ini pelangi selepas hujan.”

Untuk rekod, Siti sebelum ini menjadi tular selepas diceraikan suami kedua, Aiman Tak Kesah, secara langsung di TikTok pada Mei lalu. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019, bercerai selepas tiga tahun & dikurniakan dua anak lelaki.
Siti kemudian bernikah dengan Aiman di Satun, Thailand pada Jun 2023. Kini, kebahagiaan baru datang melalui sokongan seorang ibu angkat yang sanggup menjadi pelindung ketika dia paling memerlukan.



GIPHY App Key not set. Please check settings