Resorts World Genting kembali memeriahkan musim perayaan dengan penganjuran dua acara countdown istimewa sempena Malam Krismas dan Malam Tahun Baharu, yang akan berlangsung pada 24 dan 31 Disember 2025 di Arena of Stars.
Kedua-dua malam dijanjikan dengan gabungan muzik langsung, persembahan tarian dan hiburan bertenaga tinggi, menjadikan sambutan hujung tahun di puncak Genting sebagai satu pengalaman penuh warna dan keceriaan. Bagi pengunjung yang memilih suasana terbuka, siaran langsung turut disediakan di Madison Square.
Resorts World Genting.
APA
Sambutan Countdown Malam Krismas dan Tahun Baharu 2025.
BILA
24 dan 31 Disember 2025.
DI MANA
Arena of Stars dan Madison Square, Genting Highlands.
MENGAPA
Untuk meraikan musim perayaan dengan hiburan dan pengalaman menyeluruh.
BAGAIMANA
Melalui persembahan muzik, DJ, tarian dan jamuan perayaan di seluruh resort.
Malam Krismas Penuh Irama & Nostalgia
Sambutan Malam Krismas pada 24 Disember akan dikemudikan oleh Emcee Khye, yang terkenal dengan gaya hos bertenaga dan interaksi mesra penonton. Pentas Arena of Stars bakal menampilkan persembahan daripada Vanessa Reynauld, Ronnie Jupiter dan Angela Ong, tiga vokalis tempatan yang membawa gabungan vokal mantap dan penyampaian penuh emosi.

Acara akan diteruskan dengan persembahan DJ, penari dan penghibur sebelum kemuncak countdown yang dipacu oleh DJ Blink, lengkap dengan elemen visual seperti pyroteknik, laser dan grafik 3D, menjanjikan suasana Krismas yang penuh semangat dan berimpak tinggi.
Sambutan Tahun Baharu Dengan Tenaga Festival
Pada 31 Disember, pentas Arena of Stars bakal menyaksikan sambutan Malam Tahun Baharu yang dikendalikan oleh Emcee Dr Shaun Stephen, dikenali dengan kebolehan menghidupkan suasana dan mengawal audiens berskala besar.

Barisan artis termasuk ManHanD, kumpulan Canto-rap tempatan, bersama Juztin Lan, KAIA Lee dan Tan Yin Ern, yang membawa kepelbagaian gaya vokal dan emosi ke pentas. Kemuncak malam diserikan dengan persembahan utama oleh DJ Wukong dari Singapura, yang terkenal dengan set bertenaga tinggi berkonsepkan festival, diikuti sesi after party sejurus melangkah ke tahun baharu.
Akses Tiket & Maklumat Kemasukan
Kedua-dua acara countdown ini adalah bertiket dengan tempat duduk bebas dan kemasukan percuma. Tiket boleh ditebus melalui kempen PMP atau dikumpul pada hari acara di kaunter penebusan, tertakluk kepada prinsip siapa cepat, dia dapat.
Bagi pengunjung yang tiba selepas kapasiti Arena of Stars dipenuhi, mereka akan diarahkan ke Madison Square untuk menikmati siaran langsung. Kemasukan terakhir adalah pada jam 11 malam, tertakluk kepada keperluan operasi.
Jamuan Perayaan & Parti Sepanjang Malam
Selain hiburan pentas, Resorts World Genting turut menyajikan pelbagai pengalaman menjamu selera dan parti perayaan di seluruh resort. Coffee Terrace menawarkan bufet Malam Krismas dan Tahun Baharu pada 24 dan 31 Disember, serta bufet makan tengah hari khas pada 25 Disember dan 1 Januari.

Bagi yang inginkan pengalaman lebih eksklusif, Park Avenue Restaurant mempersembahkan menu perayaan empat hidangan dan tiga hidangan, manakala Trattoria Il Lago menawarkan set menu Krismas dan Tahun Baharu yang sesuai dinikmati sebelum menyertai countdown.


Suasana parti diteruskan di Park Avenue Lounge, Cloud 9, Empire dan Red Tail, dengan pakej minuman, tema khas serta koktel perayaan seperti Christmas Sunrise dan Pink Remedy melengkapkan sambutan hujung tahun.



GIPHY App Key not set. Please check settings