KUALA LUMPUR, 17 Ogos – 2 hari lagi sebelum perasmian Sukan SEA ke 29, persediaan nampak sudah hampir siap.

Antara yang pasti menarik adalah Majlis Perasmian Sukan SEA di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini.

Semestinya ia akan menjadi gemilang dan untuk memastikannya, beribu lampu LED telah di pasang di tempat duduk stadium.

Pemilik akaun @stadium_bukitjalil dalam salah satu posting terkini Instagramnya telah memohon bantuan rakyat Malaysia dalam memastikan semuanya berjalan lancar.

View this post on Instagram

PERINGATAN: Menjelang 2 hari lagi untuk acara pembukaan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Pihak stadium memohon kerjasama kepada semua rakyat Malaysia dan asing yang akan datang ke stadium pada hari berkenaan supaya tidak menyentuh atau mengalihkan benda2 yang telah diletakkan di tempat duduk anda. Benda yang diletakkan di tempat duduk anda itu adalah sebahagian gimik dan important prop utk opening ceremony nanti. Contoh dalam gambar adalah LED yg diletakkan di keseluruhan tempat duduk, jangan sentuh dan alihkan kerana LED ini sangat sensitif, jika salah satu tidak menyala ia akan menyebabkan kesukaran untuk membetuk corak. Dan flash/laser juga tidak dibenarkan sama sekali semasa acara dilangsungkan. Minta kerjasama semua untuk beritahu kepada rakan2 yang akan hadir pada acara pembukaan ini. Sama-sama kita bangkit bersama! Jadikan Kuala Lumpur 2017 adalah yang terhebat! Ayuh rakyat Malaysia! Ubah mentaliti! #UbahMentaliti #seagames2017 #sukansea2017 #bangkitbersama #risingtogether #kualalumpur2017 #malaysiaboleh

A post shared by “MalaysianFootballNews” (@malaysianfootballnews) on

 

Sekadar peringatan tetapi berdasarkan tingkah laku sesetengah rakyat di acara-acara besar sebelum ini ianya peringatan wajar.

Pihak stadium berharap agar para penonton tidak mengusik lampu-lampu LED yang telah dipasang. Penggunaan lampu denyar/flash dan laser juga dilarang.

Mengikut pengalaman jurufoto F8Buzz, lampu denyar/flash tiada fungsinya dalam mendapatkan foto subjek yang lebih dari 10 kaki dan semestinya untuk selfie hasilnya tidak menarik. Jadi switch off flash anda.

Lampu LED dipasang di tempat duduk penonton Stadium Nasional Bukit Jalil
Lampu LED dipasang di tempat duduk penonton Stadium Nasional Bukit Jalil
Lampu LED dipasang di tempat duduk penonton Stadium Nasional Bukit Jalil

Harapannya rakyat Malaysia yang selalu menganggap diri sudah cukup dewasa dan bijak dapat menjadikan perasmian Sukan SEA 2017 ini satu majlis yang hebat dan gemilang.

Bak kata @Stadium_Bukit Jalil – Ubah Mentaliti!

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari