in ,

All Star Influencer Award (Asia) 2025 Kembali Gegarkan Malaysia! 80 Pempengaruh Dari 20 Negara Bakal Teroka 8 Negeri Sebelum Malam Anugerah

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2025 – Kembali untuk tahun ketiga, All Star Influencer Award (Asia) 2025 (ASIA2025) bakal menjadi pentas utama dunia digital apabila 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia dan Timur Tengah berhimpun di Malaysia!

Acara ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti global tetapi juga memperkasakan sektor pelancongan digital tempatan melalui jelajah istimewa ke seluruh negara.

Ringkasan Artikel:
  • ASIA2025 himpunkan 80 pempengaruh dari 20 negara Asia dan Timur Tengah untuk eksplorasi kandungan di Malaysia.
  • Mereka akan menjelajah ke 8 negeri bermula Julai hingga Oktober 2025 sebelum malam gala anugerah.
  • Lebih 13 kategori anugerah dipertandingkan; pemenang bakal bawa pulang wang tunai & percutian eksklusif ke Dubai.

Menjelajah 8 Negeri Sebelum Malam Gala

Para peserta akan menjelajah ke Johor dan Pahang (20-25 Julai), Melaka dan Selangor (17-20 Ogos), diikuti Pulau Pinang dan Langkawi (14-20 September) dan akhirnya ke Sabah (14-17 Oktober). Mereka akan menyertai pelbagai aktiviti kreatif termasuk cabaran digital, eksplorasi makanan tempatan, warisan budaya serta keindahan semula jadi negeri-negeri tersebut.

ASIA2025 turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, bertujuan memperkenalkan keindahan dan keunikan budaya tempatan kepada dunia menerusi pengaruh digital yang semakin kuat di rantau Asia. “Kami mahu Malaysia menjadi hab utama pelancongan kreatif dan digital,” kata penganjur, Dato’ Abd. Rahman Soltan.

Hadiah Eksklusif Menanti Pemenang

Pemenang utama bakal menerima USD15,000 dan percutian eksklusif ke Dubai, tempat kedua menerima USD5,000 dan tempat ketiga USD1,000, semuanya bersama pakej ke Dubai. Selain itu, 10 peserta terbaik turut akan dipilih untuk menyertai trip khas yang ditaja sepenuhnya ke Dubai.

Antara 13 kategori anugerah yang bakal dipertandingkan termasuk:
Best Gourmet Award, Best Culture Curator, Best Comedy Maestro, Best State Compilation, Best Influencer Award dan banyak lagi.

Kerjasama Strategik Rentas Industri

ASIA2025 mendapat sokongan daripada pelbagai entiti termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Malaysia, serta jenama-jenama seperti Tune Talk, Sally Beauty, Argania, Yute, dan banyak lagi.

Tahun lalu, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2024 mencatat lebih 500 juta capaian digital di TikTok dan tular di pelbagai platform media sosial. Pempengaruh Indonesia Saal Haerid muncul pemenang utama 2024, membawa pulang USD10,000 dan percutian ke Dubai. Beliau juga memenangi kategori Best Content Creation.

Sementara itu, Abyan Calief (Indonesia) dan Imranul Effendi (Malaysia) masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Latar Belakang Penganjur

All Star Influencers Sdn Bhd ialah organisasi tempatan yang menjadi antara penganjur utama acara digital terbesar di Asia dan Timur Tengah. Mereka pernah menganjurkan Asia Series Championship E-Games dan berjaya meletakkan Malaysia sebagai destinasi penting dalam kalendar acara digital serantau.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Inayah Beauty & Yayasan Nurjiwa Serah RM300,000 Untuk Baik Pulih Masjid Di Palestin

8 Sebab Anda Tak Boleh Lepaskan Selangor Travel Fair 2025