in

Penyondol Punca Cerai, Madam Mariyah Tuntut Hak Anak & Nafkah, Bekas Suami Enggan Setuju

“Saya hanya hadir bersama pembantu peribadi dan peguam. Tetapi peguam saya agak terkejut apabila Mr S (bekas suami) datang ke mahkamah dengan dua pengawal peribadi, adik – beradik dan beberapa orang (lebih kurang lapan orang),” kata usahawan dan pempengaruh media sosial Mariyah Yaakob.

Mariyah, atau lebih dikenali sebagai Madam Mariyah, 50 tahun, berkata bahawa dia dan Mr S telah bercerai secara rasmi di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru, semalam.

“Kami bercerai dengan lafaz talak satu, bukan talak tiga. Peguam saya telah menyerahkan tuntutan-tuntutan seperti hak penjagaan anak-anak, nafkah edah dan mut’ah.

“Namun pihak Mr S tidak bersetuju dengan apa yang saya mohon. Dia menyatakan bahawa perbicaraan semalam hanya untuk pengesahan perceraian.

“Segala tuntutan lain perlu difailkan kemudian. Sedangkan niat saya adalah untuk memudahkan proses – sekali sahaja, tidak perlu datang ke mahkamah berkali-kali. Saya juga tidak mempunyai banyak masa,” ujarnya dalam sidang media penjelasan mengenai status perceraiannya hari ini.

Menurut Mariyah, selepas enam bulan, semalam barulah dia mendengar lafaz cerai yang diucapkan oleh bekas suaminya yang telah hidup bersamanya hampir 20 tahun. “Saya mendengar lafaz cerai dengan talak satu itu secara langsung. Bagi saya, pengakhiran sebegitu sudah memadai. Jika dia tidak mahu mempermudah urusan, mungkin kita tidak sesuai menjadi suami isteri yang baik.

“Tetapi saya berharap kita masih boleh menjadi sahabat demi anak-anak kita. Malangnya, dia tetap tidak bersetuju. Katanya tuntutan lain harus difailkan nanti, jadi saya terpaksa keluarkan kos tambahan untuk peguam.”

Sebelum ini, Mariyah mengejutkan pengikutnya apabila mengesahkan bahawa suaminya menceraikannya secara langsung di platform TikTok pada 7 Ogos lalu. Dalam sesi langsung itu, Mr S menulis di ruangan komen:

“Dengan lafaz Bismillah, Mariyah binti Yaakob, aku ceraikan kau.”

Mariyah berkata dia kini mahu melangkah ke hadapan dan menutup bab lama, termasuk segala kontroversi sebelum ini. Selain itu, dia telah menubuhkan syarikat AURAMARIA dan kini menumpu kepada kejayaan produk kopi Che’lims.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

QIFARAH | Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Vanidah Imran, Liyana Jasmay, Namron, Rita Nadia

DILANJUTKAN SALAH, DISUDAHI PERIH: Kisah Cinta, Talak, dan Harapan Baru