in ,

“Saya Tak Rasa Orang Boikot, Insya-Allah” – Jazmy Juma

Pelakon Jazmy Juma tidak bimbang kontroversi membabitkan rakan gandingannya, Puteri Balqis dan Zarif Ghazzi, akan menjejaskan sambutan penonton terhadap drama lakonan mereka, Dua Nyawa.

Jazmy, 28, berpendapat kemelut berkenaan tidak semestinya menyebabkan penonton memboikot naskhah tersebut, selain memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut kerana perkara itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.

“Saya tak rasa orang boikot, insya-Allah. Ini ketentuan Illahi.

“Dia yang menentukan perjalanan ini dan menjadikan benda yang jadi sekarang ini.

“Tapi kalau benda lain, saya tak boleh nak ulaslah sebab benda dah melibatkan pihak polis,” katanya.

Jazmy ditemui pada sidang media drama Viu Original terbaharu, Wali Dalam Tangisan, semalam.

BUZZ RINGKAS


SIAPA: Jazmy Juma

APA: Berpendapat kontroversi membabitkan Puteri Balqis dan Zarif Ghazzi tidak menjejaskan sambutan drama Dua Nyawa

BILA: Sidang media drama Wali Dalam Tangisan

DI MANA: Sidang media drama Viu Original Wali Dalam Tangisan

MENGAPA: Jazmy tidak melihat kemelut berkenaan sebagai alasan penonton memboikot naskhah tersebut

BAGAIMANA: Dia memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana kes berkenaan sedang dalam siasatan pihak berkuasa

Harap Penonton Ambil Iktibar Daripada Jalan Cerita

Dalam masa sama, pelakon drama Nuh & Nayla itu berharap penonton dapat menghayati mesej serta pengajaran yang disampaikan menerusi setiap naskhah lakonannya.

Baginya, setiap drama yang dijayakan mempunyai intipati tersendiri yang boleh dimanfaatkan penonton, sama ada dalam skala kecil mahupun besar.

“Untuk setiap drama yang saya buat, harapan saya orang dapat intipati sama ada kecil atau besar.

“Dalam drama itu pun banyak juga pengajarannya,” ujarnya.

Puteri Balqis Dakwa Diganggu Ketika Penggambaran

Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa sering menerima gangguan serta amaran daripada segelintir peminat fanatik pelakon lelaki yang pernah bergandingan dengannya.

Pelakon yang mesra disapa Aqish itu turut mendakwa seorang pelakon lelaki sengaja bergesel dengannya ketika menjayakan babak bersama.

Dia juga mendakwa pernah bertemu pengarah bagi meminta supaya babak bersentuhan dikurangkan susulan dakwaan tindakan pelakon terbabit yang berulang kali cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Zarif Ghazzi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pelakon itu melakukan gangguan seksual terhadap Puteri Balqis, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Menerusi kenyataan rasmi, pihak pengurusan menegaskan Zarif tidak pernah melakukan sebarang perbuatan seperti yang didakwa dan kekal dengan pendirian tersebut.

Polis Rakam Keterangan Enam Individu

Sementara itu, polis telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Puteri Balqis menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pelakon lelaki ketika sesi penggambaran drama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihak polis turut merancang merakam keterangan kira-kira 25 lagi saksi yang terdiri daripada kru penggambaran bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ara Johari Pasang Impian Tarik 50,000 Penonton Suatu Hari Nanti

“Privasi Saya Tetap Privasi Saya” – Haidar Hasanudin Pilih Simpan Hal Peribadi