in

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Nostalgia, Ada Sashimi Hingga Kambing Panggang

Buat kaki makan yang sudah lama merindui bufet makan malam Coffee Terrace, ada berita baik apabila pengalaman ikonik itu kembali menerusi “The Nostalgic Spread” bermula 15 Ogos ini.

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam Coffee Terrace di Resorts World Genting kembali dengan konsep yang menggabungkan hidangan nostalgia, menu kegemaran sepanjang zaman serta pilihan kulinari baharu.

Menerusi The Nostalgic Spread, pengunjung berpeluang menikmati kepelbagaian hidangan yang merangkumi masakan warisan tempatan, sajian Cina, makanan Jepun, hidangan Barat dan juadah India dalam satu pengalaman menjamu selera.

BUZZ RINGKAS
APA
Bufet makan malam “The Nostalgic Spread” di Coffee Terrace.

BERMULA
15 Ogos 2026.

WAKTU
5.00 petang hingga 9.30 malam.

HARGA
Bermula RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak, Ahad hingga Khamis.

TARIKAN
Hidangan tempatan, Cina, Jepun, Barat, India, makanan laut, pencuci mulut dan hidangan panggang.

Hidangan Nostalgia Kegemaran Ramai Kembali

Antara yang menjadi tarikan utama ialah pilihan hidangan klasik Malaysia seperti nasi ayam Hainan, ayam panggang, itik panggang, ayam char siu, laksa kari Nyonya, kuey teow goreng dan nasi goreng kampung.

Pilihan tersebut turut dilengkapi juadah tradisional seperti sate, otak-otak, satar ikan serta pelbagai kudapan tempatan.

Bagi memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap kunjungan, pilihan menu tertentu akan berubah secara berkala mengikut hari.

Peminat Makanan Jepun Pun Boleh ‘Makan Puas’

Tidak lengkap pengalaman bufet tanpa pilihan makanan Jepun.

Pengunjung boleh menikmati sashimi salmon dan tuna, aneka sushi dan maki, takoyaki, gyoza ayam, teppanyaki serta pelbagai hidangan Jepun lain.

Bagi pencinta makanan laut pula, stesen Seafood on Ice menawarkan pilihan seperti udang, kupang hijau New Zealand dan kerang bersama pelbagai pelengkap.

Sajian Cina turut ditawarkan dengan pilihan makanan laut yang disediakan secara bergilir, selain sup dan hidangan tumis.

Ada Kambing Panggang Dan Hidangan Barat

Pilihan hidangan Barat pula mengetengahkan sajian seperti kambing panggang, ayam barbeku, pelbagai hidangan makanan laut dan sup.

Sementara itu, sajian India menawarkan nasi beraroma, naan, aneka kari, hidangan tandoori serta pelbagai sajian tradisional.

Lebih menarik, pengunjung yang datang pada Jumaat dan Sabtu boleh menikmati hidangan panggang istimewa yang menampilkan pilihan premium seperti daging lembu panggang berempah dan kaki kambing.

Hidangan tersebut disajikan bersama pilihan sos serta sayur-sayuran panggang.

Pencuci Mulut Pun Tak Kurang Meriah

Selepas puas menikmati hidangan utama, pengunjung boleh mencuci mulut dengan pelbagai pilihan manisan.

Antaranya termasuk ais kacang, cendol, pastri Perancis, kuih-muih Nyonya dan Melayu serta aneka pencuci mulut lain.

Pilihan pencuci mulut turut dipelbagaikan dari semasa ke semasa dengan inspirasi daripada cita rasa tempatan dan antarabangsa.

Harga Bufet Makan Malam Coffee Terrace

Bufet makan malam The Nostalgic Spread ditawarkan setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 9.30 malam.

Dari Ahad hingga Khamis, harga ditawarkan pada:

  • Dewasa: RM88
  • Kanak-kanak: RM48

Manakala pada Jumaat dan Sabtu:

  • Dewasa: RM108
  • Kanak-kanak: RM58

Bagi yang gemar datang awal, terdapat Promosi Early Bird dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang pada harga RM78 untuk dewasa, RM38 untuk kanak-kanak dan RM68 untuk warga emas.

Food Factory Turut Ada Bufet Khas Ogos

Bukan Coffee Terrace sahaja yang menawarkan pengalaman gastronomi istimewa bulan ini.

Food Factory turut memperkenalkan Bufet Food & Fruits edisi terhad yang berlangsung dari 14 hingga 31 Ogos 2026.

Bufet tersebut ditawarkan untuk sesi makan tengah hari dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang serta makan malam dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam.

Tarikan utama bufet ini ialah pilihan buah-buahan tropika premium tanpa had, termasuk durian premium tanpa had, cempedak, manggis, rambutan dan langsat.

Ia turut disertai pelbagai hidangan tempatan, Asia dan Barat dengan pilihan menu yang berbeza bagi sesi makan tengah hari dan makan malam.

Harga Bufet Food & Fruits ialah RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bagi sesi makan tengah hari, manakala sesi makan malam ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.

Dengan kembalinya bufet makan malam Coffee Terrace serta pengenalan Bufet Food & Fruits di Food Factory, pengunjung Resorts World Genting kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati pelbagai cita rasa dalam satu pengalaman gastronomi.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hantaran RM10 Juta, A Aida Setuju

Lebih 600 Peminat Serbu Showcase Fajar Noor!