Pelakon dan usahawan Wawa Zainal meluahkan rasa risau apabila anak mereka, Hayla, kerap mengalami masalah kesihatan setiap kali mereka berkongsi kejayaan di media sosial.
Malah, Wawa turut bertanya kepada netizen sama ada benar wujudnya penyakit ‘Ain’, gangguan disebabkan pandangan hasad atau iri hati.
“Setiap kali saya post sesuatu yang baik, mesti ada saja yang jadi lepas tu. Anak tak sihat, demam. Kali ni Hayla sampai sesak nafas,” jelas Wawa dalam satu sesi temubual.
Aeril dan Wawa turut mendapatkan nasihat ustaz yang menyarankan agar mereka memperbanyakkan zikir dan doa bagi melindungi diri serta keluarga.
- Wawa Zainal risau anak terkena gangguan ‘Ain’ selepas sering sakit setiap kali kongsi kejayaan di media sosial.
- Hayla dikecam netizen kerana jual kek batik; Wawa & Aeril pertimbang tindakan undang-undang atas komen melampau.
- Mereka mahu terus sokong Hayla dengan merancang buka kafe, dan teruskan bisnes secara positif dan beretika.
Dihina Kerana Kek Batik Anak
Wawa dan anak perempuannya kini terlibat aktif dalam perniagaan kek batik yang semakin mendapat sambutan. Namun, disebalik kejayaan tersebut, mereka terpaksa berdepan komen melampau termasuklah hinaan terhadap fizikal anak.
“Ada yang kata kek batik anak saya rasa macam ‘babi’. Sampai ke situ sekali orang kutuk. Anak saya pun jadi sasaran. Itu yang buat saya koyak sikit kali ni,” luah Wawa.
Aeril pula mengingatkan bahawa dalam dunia bisnes, bukan semua orang akan suka dan pasti akan ada yang mencari salah. Namun, mereka tetap mahu mendidik anak agar kuat berhadapan cabaran dan tidak mudah putus asa.
Anak Menangis Dikecam Netizen
Hayla yang baru berusia belasan tahun turut akui rasa sedih apabila dikecam.
“Saya menangis. Saya cakap pada mama, kenapa mereka benci saya hanya sebab saya jual kek?” katanya sambil menambah bahawa dia tetap mahu teruskan kerana minat dan sokongan pelanggan.
Wawa turut menegaskan bahawa walaupun perniagaan kek batik itu baru bermula, mereka tetap terbuka menerima kritikan membina. Namun, mereka tidak akan bertoleransi dengan komen berbaur buli dan hinaan yang tidak berasas.
Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang?
Ditanya sama ada mereka akan mengambil tindakan terhadap komen melampau tersebut, Wawa menjelaskan:
“Memang ada akta untuk melindungi kanak-kanak. Tapi kami pilih untuk diam. Sebab walau menang di mahkamah pun, di mata netizen kita tetap kalah.”
Walau diuji dengan kecaman, Wawa dan Aeril tetap mahu membina keyakinan anak mereka dalam dunia perniagaan. Malah mereka sedang merancang untuk membuka kafe bagi Hayla jika perniagaan kek batik ini terus berkembang.
“Selagi tak langgar agama dan batas, kita teruskan. Saya bersyukur masih ramai yang sokong. Terima kasih semua!”
– Aeril Zafril



GIPHY App Key not set. Please check settings