in

“Bakat Aksi Ada, Tapi Industri Suka Ulang Orang Sama” – Adam Lee Buktikan Di Fury Redemption

Pelakon Adam Lee bakal melangkah ke medan berbeza apabila menyertai kejohanan Fury Redemption yang dijadual 28 Disember 2025 bukan sebagai gimik, tetapi satu kenyataan terbuka kepada industri hiburan tempatan.

Bagi Adam, penyertaan dalam acara sukan tempur itu adalah ruang untuk membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya tidak ketandusan pelakon aksi, sebaliknya ramai sekadar menunggu peluang yang tidak kunjung tiba.

🥊 Adam Lee & Fury Redemption
  • Adam Lee sertai Fury Redemption.
  • Penyertaan untuk ubah persepsi kekurangan pelakon aksi.
  • Menang bukan keutamaan, fokus kualiti perlawanan.
  • Ingin keluar daripada imej pelakon romantik.
  • Lebih 10 tahun cuba tembusi genre aksi.
  • Sering gagal atau diganti saat akhir dalam casting.
  • Tidak simpan dengki, percaya rezeki berbeza.
  • Berdepan Alif Muhaimin dalam Muay Thai Lightweight.

“Masalahnya bukan kekurangan pelakon aksi, tapi peluang selalu jatuh pada orang yang sama,” – Adam Lee

Pelakon berusia 31 tahun itu menjelaskan, kemenangan bukan sasaran utama dalam perlawanan tersebut, sebaliknya dia mahu mempersembahkan aksi yang kemas, berdisiplin dan ‘sedap mata memandang’.

“Kalau saya masuk gelanggang, biarlah orang tengok dan kata perlawanan itu cantik. Itu lebih penting dari keputusan,” – katanya.

Menurut Adam, apa jua sukan pasti hadir dengan naluri untuk menang, namun dia enggan menjadikan tekanan kemenangan sebagai fokus utama.

Dikenali menerusi drama dan filem berunsur romantik, Adam mengakui sudah lama menyimpan impian untuk terlibat dalam naskhah aksi.

Namun selepas lebih 10 tahun mencuba, termasuk menghadiri pelbagai sesi uji bakat, peluang itu masih belum memihak kepadanya.

“Saya dah pergi banyak casting. Kadang-kadang hampir dapat, tapi akhirnya diganti saat akhir,” – tambahnya.

Situasi itu membuatkan Adam nekad untuk keluar daripada zon selesa dan membuktikan kebolehannya melalui platform alternatif.

Adam melihat Fury Redemption sebagai medium paling jujur untuk menunjukkan kemampuannya tanpa skrip, tanpa kamera ‘backup’, hanya fizikal dan mental sebenar.

Dia berharap langkah ini dapat membuka mata penerbit dan pengarah agar memberi peluang lebih seimbang kepada pelakon lain yang berpotensi.

Walaupun sering berdepan kegagalan, Adam menegaskan dia tidak pernah menyimpan rasa iri hati terhadap rakan seindustri yang lebih dahulu menikmati peluang.

Sebaliknya, sokongan isterinya menjadi penguat semangat untuk terus bertahan dan percaya pada rezeki masing-masing.

“Allah bagi setiap orang jalan berbeza. Saya belajar untuk terus berlapang dada dan maju ke depan,” – katanya.

Sebagai rekod, Adam Lee berdepan pelakon dan pempengaruh Alif Muhaimin dalam kategori Lightweight Bout Muay Thai, bertempat di Arena Sukan, Kuala Lumpur, pada 28 Disember.

Perlawanan ini mencuri perhatian kerana membabitkan figura hiburan yang tampil mempertaruhkan diri di luar zon selesa masing-masing.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Resorts World Genting Meriahkan Musim Perayaan Dengan Countdown Krismas & Tahun Baharu Di Arena of Stars

GV12 Minggu Ke-9: Tangga Teratas Milik Nubhan, Krisya Akur Tersingkir