in

Wham Pickleball With The Stars Eratkan Silaturahim Artis & Media

SHAH ALAM – Gelanggang Pickle X i-City bertukar menjadi ‘medan hiburan’ apabila program Wham Pickleball With The Stars berjaya menyatukan dunia media dan selebriti dalam satu acara sukan santai yang penuh gelak tawa dan sorakan padu.

Dianjurkan oleh Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), acara ini menyaksikan seramai 25 selebriti popular bergandingan bersama ahli media, sekali gus mencipta suasana pertandingan yang bukan sahaja kompetitif, malah mesra dan penuh semangat kesukanan.

🎾 Wham Pickleball With The Stars
  • 25 selebriti & ahli media berhimpun di Pickle X i-City.
  • Ezaidi Aziz & Nazrin Zulkafli dinobat juara sulung.
  • Faiz Dickie & Farol Hadi naib juara kejohanan.
  • Haqiem Rusli & Izzul Faiq raih tempat ketiga & keempat.
  • Trisha Ooi & Wan Asrudi menang kategori paling sporting.
  • Acara dimulakan dengan zumba sebagai pemanas badan.
  • Cabutan bertuah hadiah telefon pintar & TV 65 inci.
  • Platform eratkan hubungan artis & pengamal media.

Sorakan penonton bergema sepanjang kejohanan apabila setiap pasangan berentap mempertahankan mata.

Barisan para pemenang sukan pickleball

Gabungan mantap pelakon Ezaidi Aziz dan wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara edisi pertama, sekali gus membawa pulang RM4,000 sebagai hadiah kemenangan.

Tempat kedua pula dimenangi pempengaruh terkenal Faiz Dickie bersama wartawan mStar, Farol Hadi, yang berjaya mencipta saingan sengit hingga ke perlawanan akhir dan membawa pulang RM3,000.

Sementara itu, Haqiem Rusli yang bergandingan dengan Faiq Fahmi Adenan (Melodi) menduduki tempat ketiga, manakala Izzul Faiq bersama Muhammad Izzad Farhan Amier Zaini (Melodi) berada di tempat keempat, masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000

Kategori Pairing Paling Sporting menjadi milik Trisha Ooi dan Penolong Pengarang Berita Hiburan Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan, yang membawa pulang RM500 tajaan Sevoce Studio.

Sebelum perlawanan bermula, peserta terlebih dahulu ‘dipanaskan’ dengan sesi zumba ceria tajaan Antava Projects, menceriakan suasana dan merapatkan jurang.

Turut hadir Zahiril Adzim yang berada di tengah

Antara nama besar yang memeriahkan gelanggang termasuk Aeril Zafrel, Bella Astillah, Zahiril Adzim, Sheira Ayob, Yasmin Hani dan Ayie Floor 88.

Turut hadir juga Sarah Suhairi, Zizi Kirana, Adam Lee, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan El Azman, yang jelas teruja sepanjang acara berlangsung.

Para peserta yang hadir termasuk selebriti dan ahli media

Beberapa lagi selebriti dan personaliti media turut menyertai program ini termasuk Fairuz Selamat, Badron Munirah, Luqman Faiz, Hariz Hamdan, Syahir Shafein, Shaffiq Erwin, Nurel Bahrin dan Kim Azzim.

Selain perlawanan, acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang membuatkan suasana semakin menghiburkan.

Ayie Floor 88 memenangi hadiah utama cabutan bertuah telefon pintar jenama Samsung keluaran terbaru

Ayie Floor 88 mencuri tumpuan apabila memenangi telefon pintar, manakala Haqiem Rusli pula membawa pulang televisyen 65 inci.

Dazrin Kamarudin menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang

Penaja Al Aqsa Carpets turut menyumbang dua karpet premium, diserahkan dengan kehadiran pemiliknya, pelakon Dazrin Kamarudin.

Aeril Zafrel sebagai penaja hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah

Program ini turut mendapat sokongan pelbagai penaja antaranya Wawa Global, D’Herbs Terlajak Laris, Elrah Exclusive, Kunafa Aiwahhh, Pickle X, SN Legacy, Mak Jenny, Kanda, Mega Film Distribution, Plan E Solutions, SAC Garment, Roslan Shah, Nun Ha, Alyah Beauty, Mask Team, IIAN, AK Events, Love Music Fest, ASICS dan Glad2Glow

Setiausaha WHAM, Sudirman Mohd Tahir, turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program tersebut.

Secara keseluruhan, Wham Pickleball With The Stars bukan sekadar pertandingan, malah menjadi platform efektif menyatukan artis dan pengamal media dalam suasana santai, sihat dan penuh nilai silaturahim.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Datuk K Terkentut Ketika Buat Live, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Terharu Peminat Jaga Aib

Resorts World Genting Meriahkan Musim Perayaan Dengan Countdown Krismas & Tahun Baharu Di Arena of Stars