Wednesday • 12 May 2021

’18 Puasa Di Kampung Pisang’ Raih RM4j Dalam Tempoh 18 Hari

Jenama ‘Kampong Pisang’ karya pengarah kreatif, Mamat Khalid nampak gayanya sering mendapat sambutan hangat. Terbaharu, filem ’18 Puasa Di Kampong Pisang’ terus menjadi pilihan penonton...

Terkini

Tok Ti Selamat Lahirkan Anak Lelaki Subuh 7 Ramadan

Penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada hari ini 10 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, pukul 6.21 pagi.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan setelah Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti hamil melalui kaedah Persenyawaan in vitro atau ringkasnya IVF.

Menurut perkhabaran yang disampaikan oleh Pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. 

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

Tahniah Tok Ti dari kami di F8Buzz!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!