Platform penstriman tempatan popular, sooka, kini memasuki tahun kelima operasinya selepas mengukir pencapaian luar biasa sepanjang empat tahun.
Menjadi aplikasi sukan No.1 serta antara lima teratas dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store Malaysia, sooka dilihat terus berkembang pesat berbanding pesaing tempatan & global.
🔎 Ringkasan Artikel:
sooka rai ulang tahun ke-4, tampilkan app 2x pantas, TV Stick 4K & AI chatbot.
Promosi ulang tahun: akses percuma, peluang menang TV & TV Stick percuma.
Sejak lancar Jun 2021 oleh Astro, baru ni naik taraf platform dengan teknologi Irdeto dkk.
Sempena ulang tahun keempat, sooka tampil dengan pelbagai penambahbaikan termasuk aplikasi yang kini dua kali lebih pantas, TV Stick dinaik taraf dengan siaran sukan 4K UHD, serta navigasi dan cadangan kandungan lebih pintar menerusi chat bot AI & panduan program elektronik (EPG) semuanya demi pengalaman tontonan lebih lancar dan peribadi.
Ganjaran & Promosi Ulang Tahun
Tidak ketinggalan, sooka turut meraikan ulang tahunnya dengan pelbagai tawaran ganjaran menarik sehingga 31 Julai 2025. Antaranya, pelanggan baharu boleh nikmati akses percuma 10 hari ke pelan Sports & Entertainment dengan kod promosi HBDSOOKA, selain peluang memenangi Smart TV LG 86” atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari.
Menariknya, sooka turut tawar TV Stick mereka secara percuma (harga pasaran RM349) dengan pembelian pelan Premium 6 bulan pada harga RM249, serta promosi Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan, memberikan akses tontonan selama 24 bulan serendah RM149.
Komitmen Kukuh Untuk Pasaran Malaysia
Pengarah sooka, Chu Young Lee, berkata fokus mereka kekal pada kandungan Asia dan sukan secara langsung sambil mengadaptasi teknologi penstriman terbaru.
“Kami berterima kasih pada rakyat Malaysia yang pilih sooka. Dalam tempoh empat tahun ini, kami bina platform yang bawa siaran langsung & hiburan Asia terus ke rumah anda. Kami akan terus pastikan sooka jadi platform yang membanggakan rakyat Malaysia.”
Dalam masa terdekat, sooka turut bakal mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan untuk memperkukuh akses pelanggan, selaras dengan usaha menjadikan sooka lebih mudah dinikmati semua.
Mengukuh Identiti & Sejarah sooka
sooka mula beroperasi pada 8 Jun 2021 sebagai aplikasi mobile-first hasil inisiatif Astro, menumpukan kepada penonton gen milenial dengan gabungan hiburan tempatan & sukan langsung.
Pada awal pelancarannya, sooka menggunakan platform Kaltura & AWS sebelum baru‑baru ini dinaik taraf ke platform generasi baharu melalui kerjasama dengan Irdeto, Bitmovin dan Broadpeak menjadikannya semakin pantas, selamat dan stabil.
GIPHY App Key not set. Please check settings