in , , ,

Whistleblower Dakwa 9 YB Di Sabah Terlibat Rasuah Berjuta Ringgit ‘Saya dah tak boleh bernafas lagi’

EKSKLUSIF – Whistleblower dakwa 9 YB berprofil tinggi Sabah terlibat dalam rasuah berjuta ringgit – ‘Saya dah tak boleh bernafas lagi’.

Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang usahawan telah tampil dalam satu rakaman pendedahan yang mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen. Dalam pendedahan tersebut, beliau menyatakan bahawa dirinya pernah ditekan untuk membuat bayaran berjumlah antara RM3 hingga RM4 juta bagi mendapatkan lesen perniagaan.

Menurut dakwaan individu tersebut, tekanan itu datang daripada beberapa pihak yang dikatakan mempunyai kuasa dalam proses kelulusan lesen. Beliau mendakwa keadaan itu membuatkan beliau “tak boleh bernafas” dan “terpaksa ikut permintaan mereka” demi meneruskan perniagaan.
Paling mengejutkan, beliau turut menyebut bahawa sehingga sembilan ahli politik berstatus YB terlibat dalam sistem ini — satu dakwaan yang belum dapat disahkan.

Beliau juga mendakwa telah merakam beberapa perbualan dengan pihak tertentu menggunakan kamera tersembunyi yang dibelinya dalam talian. Beliau berjanji akan memberikan akses awal kepada rakaman penuh tersebut kepada media terpilih — termasuk kepada F8Buzz — sebagai bukti lanjut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa atau individu yang dinamakan secara tidak langsung. Kami menegaskan bahawa semua dakwaan ini adalah pandangan dan pengalaman individu terbabit dan belum disahkan melalui saluran rasmi.

6 May 2025

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

StarCruises Kembali ke Perairan Malaysia: Star Voyager Tiba di Terminal Kapal Persiaran Port Klang pada 28 Mei

Tiga Pementasan Teater Angkat Sejarah dan Perjuangan Srikandi Melayu di Melaka