The Textile Project Soirée berlangsung sebagai acara kemuncak kepada inisiatif The Textile Project yang memberi fokus kepada usaha menghidupkan semula warisan tekstil tradisional Malaysia.
Acara anjuran Malaysian Craft Council (MCC) ini menandakan kejayaan program yang memfokuskan kepada pemuliharaan seni tenunan songket Kelantan dan sulaman kelingkan yang sebelum ini berdepan risiko kepupusan.
Inisiatif ini diperkenalkan sejak tahun 2024 sebagai respons terhadap kemerosotan jumlah penggiat kraf, di mana setiap seni hanya mempunyai seorang pengamal mahir pada satu ketika.

Malaysian Craft Council (MCC) dan komuniti artisan.
APA
The Textile Project Soirée.
BILA
26 April 2026.
DI MANA
Kuala Lumpur.
MENGAPA
Menghidupkan semula warisan tekstil tradisional yang hampir pupus.
BAGAIMANA
Melalui latihan artisan, kolaborasi dan pembangunan komuniti.
Latih Generasi Baharu Artisan
Melalui pendekatan master–apprentice, program ini berjaya melahirkan generasi baharu artisan bagi memastikan kesinambungan warisan tersebut.
Setakat ini, MCC telah melatih 20 penenun songket dan 20 artisan kelingkan.
Selain itu, program ini turut diperluaskan kepada komuniti lain termasuk penghuni Penjara Pengkalan Chepa, melibatkan 20 peserta dalam tenunan songket dan 20 lagi dalam sulaman kelingkan.

Warisan Jadi Sumber Pendapatan
Inisiatif ini bukan sekadar memelihara warisan negara, tetapi turut membuka peluang ekonomi kepada komuniti artisan.
Ramai dalam kalangan mereka terdiri daripada golongan B40 dan ibu tunggal, menjadikan kemahiran warisan ini sebagai sumber pendapatan yang mampan.
Usaha ini juga bermula daripada pendekatan akar umbi ketika pandemik COVID-19, di mana pihak penganjur turun padang untuk memahami cabaran sebenar komuniti artisan.

Dari Latihan Ke Ekosistem Perniagaan
Program ini turut dibangunkan sebagai model ekosistem perniagaan yang mampan.
Ia memberi ruang kepada artisan untuk berkembang daripada pelatih kepada usahawan, serta daripada penghasil kraf kepada pemain dalam ekonomi kreatif.
Melalui platform Ruzzgahara, hasil kraf artisan turut dipasarkan agar warisan ini terus relevan dan mempunyai nilai komersial.

Perancangan Masa Depan Lebih Besar
Bagi memastikan kesinambungan projek, sebuah hab dikenali sebagai The Textile Lab akan ditubuhkan di Kota Bharu dengan sokongan UKEKWA.
Hab ini bakal menjadi pusat latihan, produksi, inovasi dan pembangunan perusahaan bagi artisan tempatan.
Selain itu, inisiatif seperti Songket Gua Musang turut diperluaskan bagi membuka peluang kepada komuniti luar bandar.

Platform Warisan Bertaraf Antarabangsa
The Textile Project Soirée turut menghimpunkan tokoh industri, diplomat serta komuniti antarabangsa melalui pameran, demonstrasi langsung dan pertunjukan tekstil eksklusif.
Acara ini dihadiri oleh Tengku Temenggong Kelantan dan Tengku Puan Temenggong Kelantan serta wakil diplomatik antarabangsa.
Sokongan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan organisasi berkaitan menjadi faktor penting dalam memperkukuhkan usaha pemuliharaan warisan ini ke peringkat lebih tinggi.



GIPHY App Key not set. Please check settings