in ,

Genting Ambil Sekolah Angkat, Perkasa Pendidikan Negara

Genting Malaysia Berhad melaksanakan majlis penyerahan rasmi Inisiatif Sekolah Angkat Madani (SAM) melibatkan dua buah sekolah di Pahang sebagai usaha memperkukuh pembangunan pendidikan negara. Majlis tersebut berlangsung di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kemahal, Triang pada 16 April 2026.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, sekali gus menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Genting Malaysia dalam membantu komuniti melalui pendidikan.

Acara Gimik Penyerahan Sekolah Angkat Madani kepada SMK(LKTP) Kg. Sertik
Kiri ke kanan: Yang Berusaha Encik Hanifah bin Veerankutty, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Bentong; Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Zamri bin Md Isa,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; Yang Berusaha Encik Spencer Lee, Naib
Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Resorts World Genting;
Yang Berhormat Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Berusaha
Puan Noraini Binti Mohamad, Guru Besar, SMK (LKTP) Kg. Sertik; Yang Berhormat Puan
Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong

Dua Sekolah Terima Manfaat

Dua sekolah yang menerima manfaat daripada program ini ialah Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kemahal dan Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kampung Sertik.

Kedua-dua sekolah ini menerima pelbagai bentuk penambahbaikan melibatkan kemudahan akademik, sokongan teknologi serta kemudahan untuk guru dan murid.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Genting Malaysia Berhad.

APA
Penyerahan rasmi Inisiatif Sekolah Angkat Madani.

BILA
16 April 2026.

DI MANA
Triang, Pahang.

MENGAPA
Menyokong pembangunan pendidikan negara.

BAGAIMANA
Melalui penambahbaikan fasiliti dan sokongan pembelajaran.
Acara Gimik Penyerahan Sekolah Angkat Madani kepada SK(FELDA) Sg.Kemahal
Kiri ke kanan: Yang Berusaha Encik Hanifah bin Veerankutty, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Bentong; Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Zamri bin Md Isa,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; Yang Berusaha Encik Spencer Lee, Naib
Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Resorts World Genting;
Yang Berhormat Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Berusaha
Encik Nik Anuar Bin Nik Hassan, GPK Pentadbiran, SK (FELDA) Sg Kemahal; Yang
Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong

Penambahbaikan Menyeluruh Di SK Felda Sungai Kemahal

Di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kemahal, kerja penambahbaikan melibatkan pembersihan dan pembaikan bumbung makmal komputer serta penaiktarafan makmal sains dengan pemasangan projektor, meja dan kipas.

Bilik darjah turut dilengkapi dengan kipas siling, Google TV, projektor LCD dan peranti internet bagi menyokong pembelajaran digital yang lebih selesa dan moden.

Selain itu, dewan utama sekolah menerima sistem pembesar suara baharu, rostrum serta pembinaan sangkar latihan sofbol untuk pasukan sukan sekolah. Bilik guru juga dipasang sistem penyaman udara bagi keselesaan tenaga pengajar.

Majlis menandatangani plak disempurnakan oleh: Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad
Zamri bin Md Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang disaksikan oleh; (kanan)
Yang Berusaha Encik Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan
Perhubungan Awam, Resorts World Genting dan (kiri) Yang Berhormat Tuan Wong Kah
Woh, Timbalan Menteri Pendidikan

SMK LKTP Kampung Sertik Turut Dinaik Taraf

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kampung Sertik menerima penaiktarafan menyeluruh di dewan utama sekolah termasuk pemasangan jubin baharu, pendawaian semula, projektor LCD dan monitor paparan.

Kemudahan bilik katering sekolah juga dinaik taraf dengan peralatan memasak baharu serta pembaikan meja bagi menyokong aktiviti pembelajaran pelajar.

Kiri ke kanan: Yang Berusaha Puan Noraini Binti Mohamad, Guru Besar, SMK (LKTP) Kg.
Sertik; Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong; Yang
Berhormat Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; Yang Berusaha Tuan Haji
Ahmad Zamri bin Md Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; Yang Berusaha
Encik Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan
Awam, Resorts World Genting; Yang Berusaha Encik Hanifah bin Veerankutty, Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Bentong; Yang Berusaha Encik Nik Anuar Bin Nik Hassan,
GPK Pentadbiran, SK (FELDA) Sg. Kemahal

Komitmen Bersama Untuk Pendidikan

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Ahmad Zamri Md Isa berkata, “Inisiatif Sekolah Angkat Madani ini mencerminkan pendekatan kolaboratif yang amat signifikan antara sektor korporat dan pendidikan. Sokongan menyeluruh seperti ini bukan sahaja menambah baik kemudahan fizikal sekolah, malah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan progresif untuk murid serta guru.”

Bersama kumpulan pemain bola lisut sekolah SK(FELDA) Sg. Kemahal yang merupakan
juara peringkat negeri Pahang, berdepankan Softball Batting Cage yang merupakan
sebahagian daripada penaiktarafan yang disediakan oleh Genting Malaysia

Fokus Jangka Panjang

Menurut Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, “Di bawah aspirasi Genting Bersama Malaysia, kami komited untuk menyokong pembangunan pendidikan secara jangka panjang melalui kerjasama erat dengan pihak kerajaan dan komuniti setempat.”

Beliau turut menjelaskan setiap inisiatif dirangka berdasarkan keperluan sebenar sekolah agar bantuan yang diberikan benar-benar memberi impak.

Kemudahan bilik darjah dinaik taraf dengan pemasangan kipas siling, Google TV, peranti
internet dan projektor LCD bagi menyokong pembelajaran digital yang lebih kondusif.

Langkah Ke Hadapan

Selain Pahang, beberapa inisiatif serupa turut dilaksanakan di bawah Genting Plantations Bhd melibatkan sekolah di Johor dan Sabah, termasuk penubuhan pusat produksi video dan kerja pembaikan bangunan sekolah.

Secara keseluruhan, program Sekolah Angkat Madani ini membuktikan komitmen berterusan Genting Malaysia dalam membantu membina generasi masa depan yang lebih berilmu dan berdaya saing.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Inchek Karma!” Pitahati Buka Cerita Tentang Kuasa, Balasan & Sindiran Sosial

Konsert 3 Dasawarsa, Ungu Kembali, Khas 30 Tahun