Logo Dan Bendera Perikatan Nasional Diperkenal Dalam Perhimpunan Sulung di Sabah

KOTA KINABALU, 9 Sept – Perikatan Nasional (PN) malam ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya mengadakan himpunan dihadiri oleh semua pemimpin utama dan para penyokong parti komponennya di Sabah.

Himpunan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, itu turut menyaksikan buat julung kalinya bendera dan logo PN diperkenalkan kepada para penyokong gabungan parti berkenaan.

Logo Perikatan Nasional

Menurut laporan Bernama, turut hadir adalah Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau kagum melihat kehadiran ramai penyokong PN pada himpunan berkenaan yang sekali gus menunjukkan parti perikatan tersebut diterima baik oleh rakyat Sabah.


Artikel Terkini F8Buzz


“Tidak ada parti (gabungan) di Sabah yang begitu baharu tetapi berjaya mengumpulkan seberapa ramai untuk bersama-sama berjuang. Pasukan kita adalah pasukan yang kuat. Kita bersama-sama menentukan negeri ini akan dipimpin oleh pasukan kita. 

“Justeru, kita perlu bersatu dan bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah… kita perlu bersolidariti untuk bersama-sama ambil alih kerajaan Sabah,” katanya.

Sementara itu, Hajiji, dalam ucapannya berkata beliau mahu semua pemimpin PN bersatu hati dan bekerjasama dalam mendepani PRN Sabah pada kali ini bagi memastikan perjuangan mengambil alih kerajaan Sabah berjaya.

Apa yang penting, kita atur baik-baik agihan kerusi… kalau kita gaduh kita akan menghadapi masalah. Oleh itu, kita perlu ambil kesempatan ini untuk bersatu dalam PN. Kita tukar balik kerajaan negeri kerana kita mahu Sabah sehaluan dengan kerajaan persekutuan…kita mahu keselamatan Sabah terjamin,

Datuk Hajiji Noor.

Jeffrey dalam ucapannya pula memberi jaminan akan terus menyokong dan berdiri teguh dalam PN. 

“Saya berdiri di sini hari ini kerana menyokong PN. Kadangkala saya ‘bising’ kerana saya ingin menyatakan luahkan hati rakyat dan pertama kalinya saya percaya kepimpinan di Kuala Lumpur yang diterajui PN adalah adil dan menghormati hak rakyat Sabah, sebab itu saya sokong PN.

“Dalam PRN Sabah kali ini kita perlu lawan secara berpasukan. Oleh itu pasukan kita perlu kuat seiring menentang lawan…saya yakin kerajaan di bawah PN akan disokong oleh rakyat dan akan menang dalam PRN Sabah pada 26 Sept ini,” tambahnya. 

Sementara itu, Yong berkata PN akan membawa harapan baharu kepada rakyat Malaysia di Sabah.

Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlangsung paa 26 September 2020.


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


Laporan asal – BERNAMA

The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ikuti F8Buzz

13,481PeminatSuka
10,051PengikutIkuti
67PengikutIkuti
15,700PelangganLanggan

Terkini

Kampung People 2 – Keluarga Razif Kembali!

Petaling Jaya, 15 Sept 2020 - Penantian panjang bakal berakhir bagi peminat drama popular Kampung People yang menjadi fenomena hujung 2019.
00:03:56

#KitaJagaKita Misi Baru Ejen Ali Hargai Frontliners

KUALA LUMPUR, 15 SEPT 2020 - Bersempena Hari Malaysia, Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem...

Cemar Air Selangor, Mahkamah Kekal Lanjutan Reman Empat Suspek

SHAH ALAM, 11 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat...

Sandra Dianne Meninggal Dunia

Putrajaya, 11 Sept - Penyanyi yang juga peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram