in ,

DAP Guna Logo Warisan Pada Pilihan Raya Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 9 Sept – Semua calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini tidak akan menggunakan logo parti sendiri tetapi sebaliknya akan menggunakan lambang Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pemangku Pengerusi DAP Negeri, Datuk Frankie Poon berkata ini adalah untuk melambangkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan parti gabungan Warisan Plus.

Walaupun kami agak sedih untuk tidak menggunakan lambang parti iaitu roket dan sebaliknya menggunakan lambang Warisan tetapi ini adalah tindakan yang betul,”  katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Datuk Frankie Poon, Pemangku Pengerusi DAP Negeri Sabah

Poon berkata DAP secara kolektif memutuskan untuk menerima cadangan Presiden Warisan Datuk seri Mohd Shafie Apdal untuk menggunakan logo yang sama.

Warisan Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah, PKR, DAP, Amanah dan  Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

PRN Sabah akan menyaksikan sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 13 kerusi baharu dipertandingkan dengan hari penamaan calon, Sabtu ini.


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


Laporan asal – BERNAMA

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Perhimpunan Perikatan Nasional Sabah 2020

Logo Dan Bendera Perikatan Nasional Diperkenal Dalam Perhimpunan Sulung di Sabah

Sandra Dianne Meninggal Dunia