Pasangan Talk To My Manager 2 (TTMM2), Nana Mahazan dan Althea menjadi peserta pertama yang tersingkir pada minggu ketiga selepas memperoleh markah terendah sebanyak 58.67%.
Mereka berada di tangga terakhir, diikuti Adira & Anggrek (59.00%) serta Dato’ Fazley & Fariedz Fazley (60.00%) yang turut berada dalam kelompok tiga terbawah.
Nana Mahazan dan Althea.
APA
Peserta pertama tersingkir TTMM2.
BILA
Minggu ketiga.
DI MANA
Auditorium MBSA Shah Alam.
MENGAPA
Markah terendah.
BAGAIMANA
Hanya meraih 58.67%.

“Dia Dah Buat Yang Terbaik”
Walaupun tersingkir, Nana tidak menyembunyikan rasa sedih namun tetap bangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Althea sepanjang pertandingan.
“Alhamdulillah. I think ralat memang ralat. I sedih lebih kepada Althaea because I think every week she give her best. Dia mungkin lain sikit kategori daripada orang lain. Mungkin ni bukan tempat dia untuk orang menerima kelainan macam apa yang dia bawa.
“Dan untuk minggu ni dia pun bawa lagu hantu tu, and I think she did her best. So kalau kata dia keluar pun saya sangat bangga dengan dia, sangat rasa tabik sebab dia did so well, lebih baik daripada minggu-minggu sebelumnya,” kata Nana Mahazan.

Menurut Nana lagi, Althea menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan dan persediaan setiap minggu.
“Dia punya confidence, dia punya preparation, I think itulah pertandingan kan, ada kalah, ada menang, ada keluar. So kita terimalah… walaupun dia sedihlah,” katanya.

“Dia Dah Tebus Persembahan”
Nana turut menyifatkan Althea berjaya membuktikan kemampuannya sepanjang berada di pentas TTMM2.
“Saya rasa dia telah pun menebus persembahan itu dan persembahannya jauh lebih baik daripada saya. I think she redeemed mummy dia.
“Cuma mungkin tidak untuk the judges… tapi untuk saya personally, dia perform yang sehabis baik, which I think itu yang paling penting,” katanya.

Dalam masa sama, Nana menjelaskan mereka tidak ralat dengan pemilihan lagu kerana hanya mengikut tema yang ditetapkan.
“Tak juga, tak ralat dengan pemilihan lagu sebab kita memang mengikut tema… so it’s okay, it’s a reality program, it’s a game, so kita faham,” tambahnya.

Kedudukan Minggu Ke-3
- Ani Maiyuni & Viviana — 84.33%
- Safura & Kim Khairii — 81.67%
- Dato’ A. Aida & Azeva — 74.33%
- Linda Jasmine & Ratu — 69.00%
- Jamilulhayat & Hussain — 65.00%
- Dato’ Sri Vida & Cik B — 61.33%
- Pak Azad & Amarra — 60.33%
- Dato’ Fazley & Fariedz Fazley — 60.00%
- Adira & Anggrek — 59.00%
- Nana Mahazan & Althea — 58.67%


Senarai Lagu Minggu Ke-4
- Viviana – Lembayung Tari (Wany Hasrita)
- Kim Khairii – Risk It All (Bruno Mars)
- Azeva – Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)
- Ratu – Itik Gembo-Gembo (A to Z)
- Hussain – Di Ambang Wati (Wings)
- Cik B – Situasi (Bunkface)
- Amarra – Go! (Cortis)
- Fariedz Fazley – Baby (Justin Bieber)
- Anggrek – Niskala Suaka (K.O.I)

Apa Itu TTMM2?
TTMM2 ialah program realiti hiburan yang menampilkan artis dan pengurus sebagai satu pasukan, dinilai berdasarkan persembahan dengan pecahan markah 60% pengurus dan 40% artis.
Program ini dihoskan oleh Aznil Nawawi dan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.



GIPHY App Key not set. Please check settings