in ,

Peterpan Kembali! Semua Tentang Kita Gegar KL Julai Ini!

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, gelombang nostalgia baharu kini bersedia melanda Malaysia.

Dengan semangat yang sama, menghidupkan kembali legasi muzik yang pernah menyatukan jutaan jiwa, Malaysia bakal menjadi pentas seterusnya untuk perjalanan ini menerusi konsert yang penuh emosi dan kenangan.

Dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2026 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, konsert ini dijangka menjadi perhimpunan besar buat mereka yang membesar dengan lagu-lagu Peterpan yang pernah menjadi latar kepada cinta pertama, kehilangan, harapan dan perjalanan hidup.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Peterpan bersama Pulse Project Asia dan barisan artis jemputan.

APA
Konsert “The Journey Continues”.

BILA
11 Julai 2026.

DI MANA
Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

MENGAPA
Menghidupkan kembali legasi muzik Peterpan buat peminat Malaysia.

BAGAIMANA
Melalui persembahan lagu-lagu ikonik bersama vokalis pilihan dari Malaysia dan Indonesia.

Malam Nostalgia Yang Dinanti

Ini bukan sekadar malam untuk menonton persembahan, tetapi sebuah ruang untuk peminat merasai semula detik-detik yang pernah hidup bersama muzik Peterpan.

Daripada lagu Semua Tentang Kita hingga Mimpi Yang Sempurna, setiap karya ikonik akan dihidupkan semula dengan sentuhan baharu namun tetap mengekalkan jiwa asalnya.

Setiap lagu membawa memori tersendiri buat peminat yang mengikuti perjalanan muzik Peterpan sejak dahulu.

Barisan Vokalis Pilihan

Konsert ini bakal menampilkan barisan vokalis yang dipilih dengan teliti, masing-masing membawa interpretasi emosi dan kekuatan vokal tersendiri.

Antara yang bakal menghidupkan pentas ialah Tantri, vokalis utama kumpulan Kotak yang terkenal dengan tenaga rock yang kuat serta karisma pentas yang memukau.

Turut bersama ialah Rony Parulian, bintang muda Indonesia yang mula dikenali menerusi Indonesian Idol dan semakin mendapat tempat di hati generasi baharu dengan vokal emosionalnya.

Hael Husaini juga menjadi antara nama besar yang bakal mewarnai malam tersebut dengan sentuhan R&B dan pop yang menjadi identitinya.

Dua Lagi Nama Besar Menanti

Lebih menarik, pihak penganjur turut memberi bayangan bahawa dua lagi nama besar bakal diumumkan sebagai kejutan khas menjelang konsert.

Pengumuman tersebut dijangka menjadikan pengalaman The Journey Continues lebih dinamik dan memberi elemen kejutan yang tidak dijangka buat peminat.

Gabungan artis dari Malaysia dan Indonesia ini turut memperkukuh nilai nostalgia dan semangat serantau yang menjadi tunjang utama penganjuran.

Bukan Sekadar Sebuah Konsert

Menurut wakil penganjur, konsert ini membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar hiburan semata-mata.

“Ini bukan sekadar konsert, ini adalah satu perjalanan, perjalanan untuk menghidupkan semula rasa yang pernah menyatukan kita semua melalui muzik,” katanya.

Selain menjadi acara hiburan, konsert ini turut dilihat sebagai platform memperkukuh hubungan budaya Malaysia dan Indonesia serta menyumbang kepada pertumbuhan industri kreatif serantau.

Tiket Mula Dijual 30 April

Konsert ini dianjurkan oleh Pulse Project Asia dengan kerjasama rakan strategik industri termasuk Black Sky, Sunstrong, INTX dan Orlaith Inc.

Penjualan tiket akan bermula pada 30 April 2026 jam 1.00 petang menerusi Official Ticketing Partner iaitu Ticket2u dan Fantopia.

Peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia ini boleh mendapatkan tiket seawal tarikh tersebut untuk menyaksikan sendiri perjalanan muzik yang pernah menyatukan jutaan jiwa.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bela 6 Anjing Jalanan, Miss Universe Chloe Lim Kini Duta SPCA Selangor!

Aishah Raikan 40 Tahun Legasi Menerusi Konsert 40 Chapters of Love