in , ,

Wafiy & Jaa Bawa Jaguh Indonesia Ke Fury Championship. Hun Haqeem vs Ikmal Amry Acara Utama?!

TEMU BUAL bersama pelakon dan kini penganjur sukan komat tempur Jaasuzuran & Wafiy Aan di sidang media dan acara Face Off Fury Championship Malaysia berlangsung di Petaling Jaya.

Jaa dan Wafiy menjelaskan mengenai projek terbaharu mereka dan juga mengapa mereka menganjurkan kejohanan ini.

Bagaimana pula mereka berjaya mendapatkan pejuang-pejuang (fighter) dari Malaysia dan Indonesia di kalangan jaguh profesional, amatur, pempengaruh dan artis.

Tapi benarkah Fury Championship hanya acah-acah, bukan perlawanan sebenar?!



Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur terbesar di Malaysia bakal menampilkan perlawanan pejuang profesional, amatur, pempengaruh serta selebriti.

Menyaksikan penyertaan dari Malaysia dan Indonesia, Fury Championship diasaskan oleh Wafiy dan Jaasuzuran.

Menampilkan 18 pejuang dan 9 perlawanan yang membabitkan antaranya, Wahyu Pabola (IND), Kabilan The Hunter (MAS), Azizah Benteng Betawi (IND), Amisha (MAS), Adli Golden Boy (MAS), Tiger Labu (MAS), King Chima (IND), Shah Busy (MAS), Hun Haqeem dan Ikmal Amry.

Fury Championship akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, 2 Mei 2025 bermula jam 6 petang. Maklumat tiket boleh diperolehi di @furychampionshipmy

Petaling Jaya • 10 April 2025

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Live Universe Bawa (G)I-DLE dan BamBam Ke Stadium Merdeka Untuk Konsert K-Pop Istimewa

Novotel dan Paris Saint-Germain (PSG) Lancarkan Bilik Legenda di Novotel Jakarta Cikini untuk Menghargai Javier Pastore