in

Lepas Rindu 8 Tahun, Krisdayanti Bakal Adakan Konsert Di Malaysia Jun Ini!

Penyanyi jelita Indonesia, Krisdayanti bakal mengubat rindu peminatnya apabila muncul dengan sebuah konsert khas ‘Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti’ yang akan berlangsung Jun ini.

Ketua Pegawai Kewangan Jaguh Baru Sdn Bhd, Isa A Rani berkata, konsert berkenaan akan menampilkan pengarah muzik terkenal Indonesia Erwin Gutawa. 

“Kami sangat berbangga untuk mempersembahkan Diva dari Indonesia Kris Dayanti yang terus mekar dan menjadi buah hati peminat di negara ini sejak sekian lama.

“Konsert ini juga pasti dinantikan ramai setelah lama Krisdayanti tidak muncul dalam skala persembahan konsert di negara ini.

“Konsert ini juga sebagai kesinambungan dan reportoire yang sangat dekat di hati penonton kedua-dua buah negara ,” katanya.

Malam yang bakal dipenuhi dengan momen dan rasa cinta itu akan mengubat rindu peminat selepas Krisdayanti atau mesra disapa KD selepas kali terakhir muncul di Malaysia lapan tahun lalu.

Menurut KD, konsert itu sangat istimewa untuk dirinya terus menjalinkan rasa cinta dan kasih sayang yang berputik sejak sekian lama dengan peminat di Malaysia.

Tambahnya lagi, dirinya bertuah kerana terus kukuh dalam koordinat seni di negara ini dan terus diingati meskipun ramai penyanyi baru dari Indonesia menempa nama di Malaysia.

“Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati  lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.”

“Saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik dan saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti nanti.

“Saya juga berharap bukan saja peminat daripada Malaysia hadir, malah peminat Indonesia yang berada di negara ini turut sama-sama memberi sokongan,” katanya.

Mempunyai deretan lagu hits yang sentiasa menjadi siulan peminat, malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti pastinya bakal menjadi kisah cinta agung dan kenangan terindah antara KD dan para peminatnya.

Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dibawakan oleh JBProduction itu bakal menemui peminat pada 22 Jun 2025, jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sekadar info, butiran tiket dan tempahan boleh dibuat melalui UberTickets. Tiket boleh didapati di UberTickets bermula 23 Februari.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hadir Majlis Ilmu Bersama Ibu Fattah Amin, Amira Othman Jadi Bahan Usikan Netizen – “Taaruf Dengan Bakal Mak Mertua”

Marsha Rai Kemenangan AJL39 Bersama Anak Yatim & Asnaf, Lebih 10 Tahun Jalinkan Ukhwah Dengan Rumah Baitun Nurrawdhah