Sepotong video memaparkan pelakon dari seberang, Jefri Nichol sedang menggunakan produk penjagaan kulit atau ‘skincare’ berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Jefri, dilihat menyapukan produk berkenaan di kulit mukanya.
Aktor filem Ali Topan itu juga berkongsi tips bagaimana untuk menggunakan produk tersebut termasuk cara membersihkan muka.
Bagaimanapun, lain pula yang menjadi bualan wargamaya di ruangan komen apabila rata-rata terpegun melihat ketampanan Jefri.
Malah, ada juga yang menyamakan wajah Jefri persis selebriti Boy Iman dan Zizan Razak
“Boy Iman waktu muda.”
“Kalau tengok betul-betul muke dia iras-iras zizan razak.”
“Kacak betul Jefri, tapi kenapa nampak macam makin buncit,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 5.5 juta tontonan di platform TikTok.