Peminat One Piece, masa untuk #throwback dengan penuh gaya! UNIQLO Malaysia mengumumkan kemunculan semula koleksi t-shirt ikonik melalui projek UT Archive, yang kali ini menampilkan rekaan popular daripada koleksi One Piece UT terdahulu – khas untuk anda yang terlepas peluang memilikinya sebelum ini.
Projek UT Archive oleh UNIQLO merupakan inisiatif istimewa untuk menghidupkan semula rekaan-rekaan terpilih yang pernah menjadi kegilaan ramai. Dengan sambutan luar biasa terhadap koleksi One Piece sebelum ini, UNIQLO membawakan semula beberapa rekaan t-shirt paling laris sebagai penghormatan kepada anime legenda yang telah menghiburkan dunia sejak tahun 1999.

Rekaan Klasik, Gaya Baharu
Setiap helaian dalam koleksi ini membawa sentuhan klasik dan nostalgia kepada peminat, sambil memberi peluang kepada generasi baharu untuk merasai keunikan gaya One Piece melalui jenama fesyen global yang sentiasa relevan.
Pelancaran koleksi ini juga bertepatan dengan Hari T-Shirt Sedunia, menjadikannya momen sempurna untuk menambah satu (atau lebih!) koleksi eksklusif ke dalam almari anda.






Butiran Koleksi UNIQLO UT Archive One Piece
📅 Tarikh Pelancaran: Isnin, 9 Jun 2025
💸 Harga: RM59.90 sehelai
🛒 Di mana nak dapatkan: Semua cawangan UNIQLO seluruh Malaysia & secara online di
🌐 www.uniqlo.com/my/en/spl/ut/ut-archive-one-piece
Gaya Ikonik Untuk Semua
Sama ada anda seorang peminat setia Luffy dan krew Topi Jerami, atau sekadar peminat gaya kasual Jepun yang bersih dan bold, koleksi ini sesuai untuk semua. Padankan dengan seluar denim UNIQLO, cargo pants atau jaket ringan untuk look yang santai tapi tetap bergaya.
Rekaan klasik, semangat baru – dan kini milik anda!



GIPHY App Key not set. Please check settings