in ,

Mesra Berpelukan, Netizen Terkejut Jefri Nichol Cium Ameera Khan

Perkongsian terbaharu kekasih kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Jefri Nichol mencuri tumpuan ramai.

Menerusi posting tersebut, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu dapat dilihat duduk di riba Jefri.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi spontan aktor filem Ali Topan yang mengucup pipi Ameera sambil berpelukan.

https://www.instagram.com/p/DGCfMGsTt5S/?igsh=dWtyeHVrY24zMnRj

Dalam hantaran sama, Jefri turut menyatakan kasihnya terhadap Ameera, tidak terhad pada tarikh 14 Februari sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, Ameera menzahirkan rasa cintanya terhadap Jefri.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana majoriti menyelar kemesraan yang ditunjukkan.

Selain itu, ada juga yang memetik nama Neelofa supaya menegur tingkah laku adiknya itu.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Disoal Pasal Bergelar Jutawan, Ini Respons Khairul Aming – “Ia Datang Dengan Pelbagai Tanggungjawab…”

Fasih Berbahasa Inggeris, Netizen Kagum Lihat Nadhir Nasar Speaking – “Dia Bercakap Sedap Dengar”