Personaliti media sosial, Ameera Khan berkongsi tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

Menerusi temu bual bersama majalah Glam, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan menjawab beberapa soalan ringkas tentang ciri-ciri lelaki yang disukainya.
“Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting jadi saya pilih dua-dua.
“Kasual dengan t-shirt, rambut pula messy tapi stylish. Simple tapi bergaya.
“Tak perlu yang pandai memasak pun, tapi boleh kalau mahu cuba,” jawab Ameera.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila Ameera mendedahkan bahawa dirinya tidak kisah dengan ketinggian pasangan sebaliknya memahukan seorang lelaki yang bersikap yakin dengan diri sendiri.
“Yakin, walau apa pun ketinggian awak.”
Ameera Khan
Saya suka akan seseorang yang gemar melancong dan juga duduk di rumah.”
“Antara kejutan romantis atau kata-kata manis saya pilih kedua-duanya juga,” jawabnya lagi.
Sekadar info, Ameera sebelum ini dilihat semakin mesra bersama aktor dari Indonesia, Jefri Nichol.
Susulan itu, tular pelbagai khabar angin berkaitan kedua selebriti berkenaan yang dikatakan hangat bercinta.



GIPHY App Key not set. Please check settings