in ,

Ameera Khan Kongsi Saat Indah Sambut Birthday Jefri Nichol – “26 But Forever Be My Baby”

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebiji kek dihiasi potret wajahnya serta sejambak bunga ros merah sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Jefri Nichol.

Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan turut berkongsi momen manis sambutan ulang tahun kelahiran Jefri di sebuah restoran di Indonesia.

Menerusi hantaran di Instagram, dapat dilihat Ameera bergambar mesra bersama Jefri di hadapan dua potong kek yang turut terpapar tulisan ‘Happy birthday, sayang’.

Di ruangan kapsyen, Ameera juga memaklumkan bahawa Jefri akan selamanya menjadi kesayangannya meskipun sudah mencecah usia yang ke-26 pada tahun ini.

“26 tahun (umur Jefri) but forever be my baby.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar hubungan percintaan Ameera dan Jefri akan berakhir ke jinjang pelamin.

Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol. Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.

Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.

Sumber: Instagram

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Beli Hartanah Di Usia Muda, Netizen Kagum Pencapaian Mierul Aiman

Netizen Suka Tengok Hubungan Bella Astillah & Syed Saddiq, Doa Cepat Kahwin – “Semoga Berumah Tangga”