Personaliti media sosial, Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik beberapa keping foto mesranya bersama aktor, Jefri Nichol.

Menerusi hantaran di Instagram, adik kepada selebriti Noor Neelofa itu dapat dilihat meluangkan masa bersama pelakon filem Ali Topan tersebut.
Posting itu turut disertakan dengan kapsyen ‘work, life, love’ yang seolah-olah memberi bayangan hubungan cinta ‘influencer’ itu dengan aktor berkenaan.
Tidak terhenti di situ, khabar angin percintaan kedua personaliti itu dikuatkan lagi apabila Ameera tidak menolak permintaan seorang netizen yang menyuruhnya untuk berkahwin dengan Jefri.
“Kahwin terus,” tulis netizen.
“Amin Ya Rabbal Alamin,” balas Ameera.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang tidak bersetuju sekiranya Ameera bercinta dengan Jefri susulan kontroversi pelakon itu yang mengakui meniduri lebih 20 orang wanita.
“Ameera deserves better,”
“Serius ke dengan Jefri?!”
“Hati-hati dengan Jefri.”
Sekadar info, khabar angin percintaan tentang Ameera dan Jefri mula hangat diperkatakan apabila gambar mereka berpegangan tangan tular di media sosial sebelum ini.
GIPHY App Key not set. Please check settings