Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan suami iaitu Hairul Azreen menyorot perhatian warganet selepas mempamerkan sebuah helikopter yang dipercayai milik mereka.
Menerusi hantaran di TikTok, kedua pasangan tersebut dapat dilihat menari bersama bersebelahan sebuah helikopter yang tertera dengan tulisan Cakenis iaitu jenama pakaian yang diasaskan oleh Hanis Zalikha pada tahun 2015.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dan mengucapkan tahniah atas kejayaan besar pasangan tersebut.
“Alhamdulillah, tahniah! Dia bekerja dari usia muda lagi,”
“Alhamdulillah, bangga dengan Cakenis,”
“Terbaik semoga terus berjaya dalam bidang perniagaan.”
Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa bahawa pesawat terbang berkenaan disewa bagi tujuan mempromosikan produk pakaian mereka.
“Ni sewa untuk promo baju diorang,”
“Dia sewa untuk promo koleksi baju baru dia,”
“Bukan dia punya, ni sewa nak promote produk sahaja.”
Sekadar info, jenama Cakenis ditubuhkan oleh Hanis Zalikha pada 2015. Nama Cakenis berasal dari nama samaran yang diberi oleh peminat kepada Hanis iaitu ‘Keknis’.
GIPHY App Key not set. Please check settings