Pelakon yang sering memainkan watak gengster, Pablo Amirul mengejutkan netizen selepas mengetahui dirinya mempunyai anak perempuan.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan di TikTok, dapat dilihat anak perempuan Amirul sedang berbual bersamanya menerusi panggilan video.
Turut dapat didengari, Amirul atau nama penuhnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 39, memberi peringatan terhadap puterinya supaya mengelakkan bercinta dan mengutamakan pembelajaran.
“Tak payah nak berteman lelaki. Belajar dulu, habis belajar, sekolah baru fikir boyfriend faham?
“Lagi satu cakap ‘Berani ke nak mengorat? Bapa saya Pablo Amirul, pelakon jahat tu’,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut setelah mengetahui Amirul mempunyai anak perempuan.
“Bapak dia ke?!,”
“Baru tahu dia ada anak perempuan,”
“Pablo Amirul dah kahwin rupanya. Muda sangat ni.”
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut meraih lebih 200,000 tanda suka dan hampir empat jutan tontonan di TikTok.
GIPHY App Key not set. Please check settings