COVID-19 – Zon Merah Kekal 26 Daerah, Lembah Pantai Hampir Cecah 500 Kes

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,236 kes.

0
248
Foto. Azrul Rafie

KUALA LUMPUR, 13 April – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah dengan Lembah Pantai merekodkan peningkatan jumlah kes positif yang hampir mencecah 500 kes, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 496 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 459 kes sehari sebelum itu. 

Selain itu, daerah Hulu Langat turut mencatatkan penambahan kes positif iaitu 388 kes berbanding 378 kes, manakala Petaling meningkat daripada 335 kes kepada 356 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,236 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.

Sementara itu, statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-34 dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 secara global, dengan 4,683 kes positif dan 76 kematian setakat semalam.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain di seluruh negara: 

PerakKES
Hilir Perak64
Kinta    93
  
Selangor 
Sepang66
Petaling356
Hulu Langat388
Gombak132
Klang172
Hulu Selangor48
  
Kuala Lumpur 
Cheras71
Kepong121
Lembah Pantai496
Titiwangsa115
  
Putrajaya52
  
Negeri Sembilan 
Seremban219
Rembau53
  
Melaka 
Jasin68
Melaka Tengah 48
  
Pahang 
Kuantan80
Jerantut70
  
Johor 
Batu Pahat51
Kluang193
Johor Bharu177
  
Kelantan 
Kota Bharu89
  
Sarawak 
Kuching221
Kota Samarahan49
  
Sabah 
Tawau71
  
JUMLAH3,563

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here