Sunday • 20 June 2021

Terkini

Neelofa Dahului, Siti Nurhaliza Ikuti, Norman Hakim & Abby Abadi Tidak Terkecuali Disaman

#DudukRumah #PenjarakanSosial #JagaSOP dan #PakaiMask…. itu antara kata-kata tunggal yang sering menjadi kata bual sejak lebih setahun lalu apabila satu dunia dilanda pandemik COVID-19.

Pun begitu, ia mudah diucapkan tetapi sukar dilaksanakan mahu pun dipatuhi rakyat yang rambut sahaja sama hitam tetapi hati dan perangai lain-lain.

Tidak hairanlah sejumlah besar mana pun jumlah saman yang ditetapkan kepada mereka yang melanggar SOP,  kesalahan demi kesalahan tetap berlaku sehingga mengakibatkan gelombang ketiga COVID-19 mencapai angka positif melebihi 7,000 iaitu pada paras yang amat membimbangkan waima hospital pun sudah hampir penuh diisi pesakit positif COVID-19.

Dalam pada itu, golongan selebriti antara yang sering mendapat perhatian netizen berbanding orang biasa  al-maklum mereka merupakan figura yang mendapat perhatian utama apa tah lagi apabila segala aktiviti dikongsi melalui laman sosial.

Tetapi malangnya akibat perkongsian itulah pula yang membawa padah apabila netizen mula menyoal apa kah para artis bebas melanggar SOP sedangkan terang lagi bersuluh mereka bersalah.

Dan terbukti tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan waima Menteri sekali pun apatah lagi golongan artis.

Pasangan selebriti Noor Neelofa dan suami, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail merupakan golongan artis pertama yang dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi ‘standard operasi piawai (SOP) ketika majlis akad nikah mereka di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April 2021.

Neelofa  dikompaun RM20,000 bagi dua kesalahan, termasuk melanggar tujuan merentas negeri yang  diberikan sementara PU Riz dikompaun RM10.000 manakala 20 ahli keluarga mereka turut dikompaun masing-masing RM1.500 berjumlah RM30,000.

Belum pun reda kisah dikompaun berjumlah RM60,000, Neelofa dan PU Riz sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakam Bersyarat (PKPD) di sebuah kedai karpet di Nilai 3.

Ekoran itu, tindakan pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Pun begitu, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan merentas negeri terhadap Lofa dan PU Riz tetapi hanya menghadapi tuduhan atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana mereka berdua tidak mengaku bersalah atas tuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi manakala PU Riz juga menghadapi satu lagi tuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Mereka berdua dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 sementara mahkamah menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Dalam pada itu, siasatan turut dibuat ke atas Neelofa apabila polis menerima laporan mengenai tindakan bekas pengacara Meletop itu memakai niqab nipis tanpa pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan beberapa kes yang dihadapi Neelofa ada netizen yang mengesyorkan agar selebriti itu diberikan hukuman lebih berat iaitu dipenjara sahaja kerana kompaun sudah tidak sesuai pada mereka yang melakukan kesalahan berulang kali.

Terbaharu, kes seterusnya yang melibatkan golongan artis dan menarik perhatian netizen tentu sekali yang menimpa penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Pasangan ini  masing-masing dikompaun RM10,000 susulan gagal patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, pada 26 April 2021 lalu.

Selain itu, kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari yang turut hadir pada majls sama.

Sementara itu, dua pasangan selebriti, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza serta bekas isterinya, Abby Abadi bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria turut dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP berikutan penularan gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri meeka di media sosial.

Turut membidas dan mempersoalkan tingkah laku mereka itu adalah rakan seperjuangan, Que Haidar yang menyoal apa kah keluarga ini yang sudah berpisah masih tinggal sebumbung apabila semua berkumpul dalam satu rumah pada Hari Raya.

Pendekata, Neelofa-PU Riz, Siti Nurhaliza-Dato K serta pasangan Norman Hakim-Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami merupakan perintis golongan artis dikenakan tindakan dalam tempoh negara berdepan pandemik COVID-19.

Jadi terbukti lah ya tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan jika melanggar SOP ya!

Jadi terus tanamkan kata bual #DudukRumah #JagaSOP #PakaiPelitupMuka dan #PenjarakanSosial semoga Koronovirus ini dapat diputuskan.

Artis adalah contoh terbaik buat netizen, semoga tiada lagi yang melanggar SOP ya! Lindung Diri, Lindung Semua!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

[tdn_block_newsletter_subscribe title_text=”Sentiasa bersama F8Buzz” description=”RGFwYXRrYW4lMjBhcnRpa2VsJTIwYmVyaXRhJTJDJTIwaW5zcGlyYXNpJTJDJTIwZ2F5YSUyMGhpZHVwJTIwJTI2JTIwaGlidXJhbiUyMHRlcmtpbmklMkMlMjB0ZXJ1cyUyMGtlJTIwZW1haWwlMjBhbmRhLiUyMERBRlRBUiUyMFNFS0FSQU5HIQ==” input_placeholder=”Email” tds_newsletter2-image=”5″ tds_newsletter2-image_bg_color=”#c3ecff” tds_newsletter3-input_bar_display=”row” tds_newsletter4-image=”6″ tds_newsletter4-image_bg_color=”#fffbcf” tds_newsletter4-btn_bg_color=”#f3b700″ tds_newsletter4-check_accent=”#f3b700″ tds_newsletter5-tdicon=”tdc-font-fa tdc-font-fa-envelope-o” tds_newsletter5-btn_bg_color=”#000000″ tds_newsletter5-btn_bg_color_hover=”#4db2ec” tds_newsletter5-check_accent=”#000000″ tds_newsletter6-input_bar_display=”row” tds_newsletter6-btn_bg_color=”#da1414″ tds_newsletter6-check_accent=”#da1414″ tds_newsletter7-image=”7″ tds_newsletter7-btn_bg_color=”#1c69ad” tds_newsletter7-check_accent=”#1c69ad” tds_newsletter7-f_title_font_size=”20″ tds_newsletter7-f_title_font_line_height=”28px” tds_newsletter8-input_bar_display=”row” tds_newsletter8-btn_bg_color=”#00649e” tds_newsletter8-btn_bg_color_hover=”#21709e” tds_newsletter8-check_accent=”#00649e” embedded_form_code=”JTNDIS0tJTIwQmVnaW4lMjBNYWlsQ2hpbXAlMjBTaWdudXAlMjBGb3JtJTIwLS0lM0UlMEElMEElM0Nmb3JtJTIwYWN0aW9uJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ0YWdkaXYudXMxNi5saXN0LW1hbmFnZS5jb20lMkZzdWJzY3JpYmUlMkZwb3N0JTNGdSUzRDZlYmQzMWU5NGNjYzVhZGRkYmZhZGFhNTUlMjZhbXAlM0JpZCUzRGVkODQwMzZmNGMlMjIlMjBtZXRob2QlM0QlMjJwb3N0JTIyJTIwaWQlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMG5hbWUlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMGNsYXNzJTNEJTIydmFsaWRhdGUlMjIlMjB0YXJnZXQlM0QlMjJfYmxhbmslMjIlMjBub3ZhbGlkYXRlJTNFJTNDJTJGZm9ybSUzRSUwQSUwQSUzQyEtLUVuZCUyMG1jX2VtYmVkX3NpZ251cC0tJTNF” descr_space=”eyJhbGwiOiIxNSIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE1In0=” tds_newsletter=”tds_newsletter3″ tds_newsletter3-all_border_width=”0″ btn_text=”Daftar” tds_newsletter3-btn_bg_color=”#ea1717″ tds_newsletter3-btn_bg_color_hover=”#000000″ tds_newsletter3-btn_border_size=”0″ tdc_css=”eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjAiLCJiYWNrZ3JvdW5kLWNvbG9yIjoiI2E3ZTBlNSIsImRpc3BsYXkiOiIifSwicG9ydHJhaXQiOnsiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdF9tYXhfd2lkdGgiOjEwMTgsInBvcnRyYWl0X21pbl93aWR0aCI6NzY4fQ==” tds_newsletter3-input_border_size=”0″ tds_newsletter3-f_title_font_family=”445″ tds_newsletter3-f_title_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_descr_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_descr_font_size=”eyJhbGwiOiIxMiIsInBvcnRyYWl0IjoiMTEifQ==” tds_newsletter3-f_descr_font_line_height=”eyJhbGwiOiIxLjYiLCJwb3J0cmFpdCI6IjEuNCJ9″ tds_newsletter3-title_color=”#000000″ tds_newsletter3-description_color=”#000000″ tds_newsletter3-f_title_font_weight=”600″ tds_newsletter3-f_title_font_size=”eyJhbGwiOiIyMCIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE4IiwicG9ydHJhaXQiOiIxNiJ9″ tds_newsletter3-f_input_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_btn_font_family=”” tds_newsletter3-f_btn_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_title_font_line_height=”1″ title_space=”eyJsYW5kc2NhcGUiOiIxMCJ9″]