in ,

Nad Zainal, Ungku Ismail Sah Bernikah?

Pelakon drama Cina Buta, Nad Zainal dan Ungku Ismail hari ini berkongsi sebuah video seakan-akan mereka sudah pun bernikah.

Video yang memaparkan mereka memakai baju serba putih, berpegangan tangan di sebuah masjid serta kad yang tertulis nama keduanya dan tarikh 23.01.2023 meyakinkan netizen bahawa mereka telah selamat diijab kabul.

View this post on Instagram

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Berita gembira itu disahkan oleh pereka fesyen duo Seth & Luna melalui laman Instagram milik label tersebut.

Menurut lable fesyen tersebut, mereka berasa sangat terharu kerana diberikan penghormatan dan kepercayaan untuk membuat busana untuk pasangan raja sehari itu.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, difahamkan bahawa mereka telah diminta untuk merahsiakan mengenai perkahwinan pasangan pelakon tersebut.

Imbas kembali, Ismail pernah mengakui Nad merupakan wanita yang paling rapat dengannya.

Sepanjang Nad berada di ICU kerana Covid-19, Ismail adalah orang yang bertanggungjawab memberi maklumat terkini mengenai keadaan Nad dan membuat tabung kilat ibu kepada dua anak itu untuk menampung kos rawatan.

Untuk rekod, Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin pada tahun 2015 namun bercerai pada tahun lalu dan perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anak Salem, Syafiq Berdebar Menanti Kelahiran Anak Sulung

Bella Astillah Dedah Ada Pelakon Wanita Cuba Ganggu Rumah Tangga