Jika jodoh sudah sampai, ternyata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun tidak mampu menghalang jika telah ditakdirkan pernikahan itu akan tetap berlangsung di antara pelakon Intan Ladyana, 39, bersama Harris Aliff, 22 yang bergelar suami isteri pada semalam, 5 Februari 2021.
Begitulah peraturan Yang Maha Esa, tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 6 Februari 2021 terpaksa diawalkan atas nasihat pihak Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) dengan persetujuan kedua belah pihak pengantin.
Sehubungan itu, segala perancangan awal untuk menganjurkan beberapa majlis berkaitan seperti malam berinai, resepsi mahu pun majlis bertandang yang mendapat tajaan RM13.5 juta terpaksa dibatalkan buat sementara waktu sehingga keadaan membenarkan.
Mendahulukan perkara yang wajib tuntutan yang paling utama dan itulah yang disempurnakan pasangan berbeza usia 17 tahun ini apabila dengan sekali lafaz, Nor Harris Alif Nor Rashidi sah bergelar suami kepada Intan Nurladyana Mohamat Yahaya.

Mereka dinikahkan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah dengan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.
Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan namun kesemua barang hantaran itu sekadar ‘syarat’ dan tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Alhamdulillah, syukur majlis sudah selesai. Paling penting adalah nikah dan majlis hari ini pun memang berlangsung mengikut SOP dengan cuma kehadiran tujuh orang daripada kedua belah pihak,” ujar Harris sebaik sahaja bertemu ‘media’ secara dalam talian.
Mengakui rasa berdebar ketika mahu melafazkan nikah, Harris memberitahu sebaik sahaja selesai, beliau terus merasa lega sekali gus terbit rasa tanggungjawab sebagai suami ke atas bahunya.
“Selepas ini saya sudah hidup berdua dalam mengharungi langkah baharu alam perkahwinan dan sebagai suami,” ujarnya bersyukur.

Dan seperti suaminya, Intan Ladyana turut rasa bersyukur majlis akad nikah yang penting bagi ikatan perkahwinan disempurnakan.
Bercakap secara ringkas mengenai perancangan majlis resepsi dan sebagainya, pasangan selebriti ini tidak menyerahkan segalanya kepada keadaan dan masa.
“Buat masa sekarang semuanya kena tangguh dulu. Nak letak tarikh pada kad jemputan pun masih teragak-agak kerana kami tidak tahu apa akan terjadi dalam keadaan COVID-19 ini. Kita tunggu semuanya reda dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki,” maklum kedua-duanya.
Untuk rekod , Harris mendedahkan merisik Intan pada Julai tahun lalu selepas bercinta pada Mac tahun sama malah kedua-duanya berpendapat perbedzaan usia bukan penghalang untuk mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Harris mendedahkan merisik Intan pada Julai tahun lalu selepas bercinta pada Mac tahun sama.

Sementara itu, sempena perkahwinan mereka, Harris melalui laman sosial Instagramnya menawarkan 5 pemenang bagi ‘Anugerah Giveaway’ berupa set produk yang dihasilkan #HarrisIntan di bawah jenama ‘Anugerah’ berupa ‘body mist’ dan ‘sanitizer’.
Sudah tentu jenama itu membayangkan maksud anugerah perkahwinan kedua-dua pasangan ini apabila kapsyen yang tertera bertulis:

Intan pula melalui Instagramnya memuat naik sekeping gambarnya dalam pakaian baju nikah serba putih rekaan Hatta Dolmat dalam mood yang memperlihatkan wajah dan gaya gembiranya bergelar isteri.
Tahniah Harris dan Intan semoga perkahwinan kekal hingga ke anak cucu!
GIPHY App Key not set. Please check settings