Sunday • 20 June 2021

Terkini

Oja Catat Sejarah Terbit Album Raya Dalam Bentuk ‘Pendrive’

Bagaimana Hari Raya korang dalam norma baharu tahun ini?

Walaupun sudah masuk kali ke-2 kita terpaksa Raya di rumah sahaja disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang masih berleluasan pada gelombang ke-3 namun suasana Raya  tidak harus diketepikan ya tak.

Untuk terus meraikan seterusnya bulan Syawal ini apa kata memeriahkan halwa telinga dengan lagu-lagu Raya di rumah sepanjang waktu.

Ada ke lagu-lagu Raya yang boleh dipasang sepanjang waktu tanpa henti?

Memang ada…

Dalam kehidupan norma baharu ini bagi mereka yang tiada radio kaset mahu pun cd player kata orang, usah khuatir kerana jika anda ada  komputer riba sahaja sekali pun atau tv pintar apa kata pasang sahaja 41 lagu raya nyayian  Oja Gegar Vaganza atau nama penuhnya Daninaz Huza Daud yang dihasilkan di dalam format peranti ‘thumbdrive’.

Anak kepada penyanyi otai Nas Atea berusia 41 tahun ini tampil dengan album ‘Oja Nostalgia Raya 2021’ dengan 28 trek lagu baru serta album bonus Mesra Raya, diterbitkan oleh Tunable Record pada tahun 2017 yang menampilkan 13 lagu.

“Maknanya semuanya ada 41 lagu raya yang dijual dalam format peranti Thumbdrive istimewa, dikeluarkan dalam kuantiti terhad 500 salinan dengan harga paling ekonomi iaitu hanya RM50 ringgit sahaja,”  ujar Oja yang mendapat ilham menghasilkan corak terbitan album norma baharu itu ketika berada di rumah dalam tempoh PKP.

“Apabila menyedari PKP terus di sambung , tanpa berfikir panjang saya dan rakan-rakan terus mengumpul material lagu-lagu bersesuaian dengan tema raya, sedar-sedar 28 lagu baru terkumpul. 

“Saya terus mulakan langkah menyusun, merakam , menyanyi hinggalah proses adunan , semuanya di lakukan secara kendiri di studio kami Tunable Record yang terletak di Danau Kota,” ujar Oja  menceritakan kronologi penghasilan albumnya itu  yang turut mendapat sentuhan komposer seperti Norule, Amad, Am, Ismazarra dan lain-lain teman terdekat.

Penyanyi yang memulakan kariernya seawal umur 10 tahun dan terbit dengan album pertama sejak tahun 1992 ini mengakui kerja-kerja studio adalah terapi jiwanya dan memang tidak boleh dipisahkan sama sekali, terutama instrumen gitarnya.

Ketika ditanya mengapa fokusnya kepada lagu raya sahaja?

“Raya merupakan. diantara anugerah terindah yang harus diraikan semua orang dan ia pasti mengembirakan. Dikala kanak-kanak, saban tahun kita menanti raya dan pastinya pengisian aktiviti sepanjang raya amat-amat menyenangkan. Ia nostalgia yang harus di kenang biarpun tahun ini kita beraya dengan serba sederhana akibat kekangan PKP . Album ini diterbitkan dalam pelbagai genre , banyak juga lagu-lagu rancak berentak asli dan moden, jadi tidaklah sedih sangat. “ ujarnya tertawa.

Sementara itu, menurut penerbitnya, Norule,  album ini juga akan diunjurkan kepada pihak The Malaysia Book of Records dalam masa terdekat bagi pengiktirafan penghasilan “Lagu Raya Baru Terbanyak” yang dirakam dalam satu album yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau apa-apa kategori bersesuaian sebagai kenangan kerja keras mereka selama 6 minggu persiapan.

“Kami juga menyiapkan muzik video pertama untuk album ini bagi lagu “ Oja Nostalgia Raya “ yang menampilkan suasana beraya di kampung. Tahun ni tak boleh balik kampung, jadi ini cara kami berimaginasi untuk terus mengembirakan para peminat dan diri kami sendiri,” tambah Norule.

Jadi apa lagi, bagi yang ingin mendapatkan Album Kad Thumbdrive Terhad bertandatangan “Oja Nostalgia Raya” yang menampilkan 28 lagu + ( tambahan Bonus 13 Lagu ) dengan harga ekonomi RM50, boleh menghubungi laman Facebook tunablerecord atau hubungi 0194144188 ( Norule Fikri )

Semoga dengan mendengar himpunan lagu-lagu raya ini mampu menceriakan anda semua dalam tempoh PKP ini.

Selamat Hari Raya!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

[tdn_block_newsletter_subscribe title_text=”Sentiasa bersama F8Buzz” description=”RGFwYXRrYW4lMjBhcnRpa2VsJTIwYmVyaXRhJTJDJTIwaW5zcGlyYXNpJTJDJTIwZ2F5YSUyMGhpZHVwJTIwJTI2JTIwaGlidXJhbiUyMHRlcmtpbmklMkMlMjB0ZXJ1cyUyMGtlJTIwZW1haWwlMjBhbmRhLiUyMERBRlRBUiUyMFNFS0FSQU5HIQ==” input_placeholder=”Email” tds_newsletter2-image=”5″ tds_newsletter2-image_bg_color=”#c3ecff” tds_newsletter3-input_bar_display=”row” tds_newsletter4-image=”6″ tds_newsletter4-image_bg_color=”#fffbcf” tds_newsletter4-btn_bg_color=”#f3b700″ tds_newsletter4-check_accent=”#f3b700″ tds_newsletter5-tdicon=”tdc-font-fa tdc-font-fa-envelope-o” tds_newsletter5-btn_bg_color=”#000000″ tds_newsletter5-btn_bg_color_hover=”#4db2ec” tds_newsletter5-check_accent=”#000000″ tds_newsletter6-input_bar_display=”row” tds_newsletter6-btn_bg_color=”#da1414″ tds_newsletter6-check_accent=”#da1414″ tds_newsletter7-image=”7″ tds_newsletter7-btn_bg_color=”#1c69ad” tds_newsletter7-check_accent=”#1c69ad” tds_newsletter7-f_title_font_size=”20″ tds_newsletter7-f_title_font_line_height=”28px” tds_newsletter8-input_bar_display=”row” tds_newsletter8-btn_bg_color=”#00649e” tds_newsletter8-btn_bg_color_hover=”#21709e” tds_newsletter8-check_accent=”#00649e” embedded_form_code=”JTNDIS0tJTIwQmVnaW4lMjBNYWlsQ2hpbXAlMjBTaWdudXAlMjBGb3JtJTIwLS0lM0UlMEElMEElM0Nmb3JtJTIwYWN0aW9uJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ0YWdkaXYudXMxNi5saXN0LW1hbmFnZS5jb20lMkZzdWJzY3JpYmUlMkZwb3N0JTNGdSUzRDZlYmQzMWU5NGNjYzVhZGRkYmZhZGFhNTUlMjZhbXAlM0JpZCUzRGVkODQwMzZmNGMlMjIlMjBtZXRob2QlM0QlMjJwb3N0JTIyJTIwaWQlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMG5hbWUlM0QlMjJtYy1lbWJlZGRlZC1zdWJzY3JpYmUtZm9ybSUyMiUyMGNsYXNzJTNEJTIydmFsaWRhdGUlMjIlMjB0YXJnZXQlM0QlMjJfYmxhbmslMjIlMjBub3ZhbGlkYXRlJTNFJTNDJTJGZm9ybSUzRSUwQSUwQSUzQyEtLUVuZCUyMG1jX2VtYmVkX3NpZ251cC0tJTNF” descr_space=”eyJhbGwiOiIxNSIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE1In0=” tds_newsletter=”tds_newsletter3″ tds_newsletter3-all_border_width=”0″ btn_text=”Daftar” tds_newsletter3-btn_bg_color=”#ea1717″ tds_newsletter3-btn_bg_color_hover=”#000000″ tds_newsletter3-btn_border_size=”0″ tdc_css=”eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjAiLCJiYWNrZ3JvdW5kLWNvbG9yIjoiI2E3ZTBlNSIsImRpc3BsYXkiOiIifSwicG9ydHJhaXQiOnsiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdF9tYXhfd2lkdGgiOjEwMTgsInBvcnRyYWl0X21pbl93aWR0aCI6NzY4fQ==” tds_newsletter3-input_border_size=”0″ tds_newsletter3-f_title_font_family=”445″ tds_newsletter3-f_title_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_descr_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_descr_font_size=”eyJhbGwiOiIxMiIsInBvcnRyYWl0IjoiMTEifQ==” tds_newsletter3-f_descr_font_line_height=”eyJhbGwiOiIxLjYiLCJwb3J0cmFpdCI6IjEuNCJ9″ tds_newsletter3-title_color=”#000000″ tds_newsletter3-description_color=”#000000″ tds_newsletter3-f_title_font_weight=”600″ tds_newsletter3-f_title_font_size=”eyJhbGwiOiIyMCIsImxhbmRzY2FwZSI6IjE4IiwicG9ydHJhaXQiOiIxNiJ9″ tds_newsletter3-f_input_font_family=”394″ tds_newsletter3-f_btn_font_family=”” tds_newsletter3-f_btn_font_transform=”uppercase” tds_newsletter3-f_title_font_line_height=”1″ title_space=”eyJsYW5kc2NhcGUiOiIxMCJ9″]