YouTube akan di strim pada definisi rendah sebagai tetapan lalai (default setting) kerana Google akan mengecilkan jalur lebar susulan lebih ramai orang mengasingkan diri sendiri di rumah kerana pandemik koronavirus.

Perubahan itu mula dilaksanakan di beberapa negara Eropah minggu lepas, termasuk United Kingdom, tetapi kini akan dilancarkan di seluruh dunia. YouTube, dalam catatan blognya mengenai perkara itu, berkata ia akan melaksanakan perubahan itu secara beransur-ansur.

Walaupun definisi rendah akan menjadi standard baru, itu tidak bermakna penstriman definisi tinggi akan hilang. Sebaliknya, penonton YouTube akan dapat “menyesuaikan secara manual” kualiti video mereka sendiri, kata syarikat itu.

YouTube bukanlah satu-satunya perkhidmatan penstriman yang mengambil tindakan ini. Minggu lepas, Netflix mengurangkan bitratenya di Eropah, dalam langkah yang syarikat itu lihat “akan mengurangkan trafik Netflix di rangkaian Eropah sekitar 25%.”

Netflix turut terkesan dengan perintah kurungan dan perintah kawalan pergerakan.
Netflix turut terkesan dengan perintah kurungan dan perintah kawalan pergerakan.

Saintis penyelidikan kanan di Fakulti Sains Komputer dan Makmal Kecerdasan Buatan MIT David Clark, memberitahu TheWrap pada hari Isnin, dia tidak menjangkakan perkhidmatan penstriman perlu mengurangkan mutu mereka di Amerika Syarikat.

Menurut Clark, ini kerana tidak ada petunjuk bahawa infrastruktur internet Amerika Syarikat dalam bahaya untuk gagal katanya.

Walaupun begitu, masih belum pasti adakah ini akan mendatangkan kesan ketara kepada pengguna YouTube di Malaysia. Asia merupakan benua paling ramai mengunjungi YouTube.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini