Home Berita Ketua Polis Negara Bersara Hari Ini

Ketua Polis Negara Bersara Hari Ini

0
Ketua Polis Negara Bersara Hari Ini

KUALA LUMPUR – Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasmi akan menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara, pagi ini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diadakan pada jam 8.30 pagi esok di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadiri majlis berkenaan.

Persaraan Khalid yang sudah 40 tahun berkhidmat dalam pasukan beruniform itu turut diraikan dalam Majlis Paluan Berundur di Padang Kawad, PULAPOL petang esok.

Bulan lalu, Khalid mengesahkan akan bersara pada 5 September ini seiring tarikh kelahirannya ke-60.

“Ya, memang benar saya akan bersara esok, perancangan saya selepas ini adalah mengikuti kelas memasak di Malaysian Institute of Baking di Petaling Jaya,”katanya kepada Bernama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Khalid memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976, dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.

Kerjayanya berkembang selepas dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman pada 2010 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari